CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7335|Reply: 0

[Sarawak] Kerjasama swasta sangat penting pastikan kejayaan Sarawak

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:30 PM | Show all posts |Read mode


Dr Sim (tiga kiri) menyaksikan pertukaran dokumen MoA antara Ida (dua kiri) dan Peter. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menggesa semua sektor swasta untuk terlibat sama dalam usaha kerajaan Sarawak membangunkan negeri ini.

Menurut Dr Sim, kerjasama swasta sangat penting untuk memastikan kejayaan Sarawak di bawah Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg beralih kepada ekonomi digital, tenaga hijau dan boleh diperbaharui.

"Kita sangat bertuah di Sarawak ada universiti seperti Swinburne yang menyediakan banyak peluang pendidikan kepada rakyat.

"Pada 2026, Swinburne serta universiti-universiti Sarawak yang lain akan memainkan peranan lebih penting bagi pembinaan bangsa Sarawak," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak dan BioTective Sdn Bhd di universiti tersebut di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut melancarkan Program Pemerkasaan AI dan Digital Swinburne.
Mengulas mengenai kedua-dua program itu, Dr Sim berkata ia sangat penting kerana dibangunkan oleh bakat-bakat Sarawak sendiri.

Dari aspek AI (kecerdasan buatan) pula katanya, teknologi terbabit berkembang dengan pantas dan ia sangat penting dalam kehidupan harian manusia.
"Kita mesti menerima pakai AI kerana jika tidak kita akan ketinggalan," katanya.

Dalam pada itu, MoA antara Swinburne dan BioTective adalah untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan di Pusat Sumber Penyakit Generasi Akan Datang (NXDRC).

Pertukaran dokumen dibuat antara Timbalan Pro Canselor (Penyelidikan) Swinburne Profesor Dr Ida Fatimawati Adi Badiozaman dan Ketua Pegawai Eksekutif BioTective, Peter Ting Yiik Pung disaksikan Dr Sim.

Manakala Program Pemerkasaan AI dan Digital Swinburne pula adalah program inovatif yang bertujuan melengkapi syarikat dan industri dengan pengetahuan dan peralatan yang diperlukan untuk memanfaatkan kuasa AI dan penyelesaian digital.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.057030 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list