CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1409|Reply: 0

[Sabah] Mekanik edar hampir 200 kg syabu ke tali gantung

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:19 PM | Show all posts |Read mode


BERSALAH: Chee Khiong diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Mahkamah Tinggi Tawau, hari ini, menjatuhkan hukuman mati keatas seorang mekanik selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine hampir 200 kilogram, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng menetapkan keputusan itu terhadap Tai Chee Khiong, 51, selepas mengambil kira jumlah berat dadah terbesar di Sabah.

Hock Leng ketika membacakan keputusan berkata, tertuduh mempunyai pengetahuan dan milikan secara langsung terhadap dadah seberat 199,950.01 gram dan mensabitkannya dengan pertuduhan.

Katanya, jika mengambil kira berat dadah bagi semua kes mahkamah di Tawau untuk tempoh tiga tahun, ia tidak menyamai jumlah tangkapan dadah membabitkan kes tertuduh.

Jelasnya, tertuduh juga tidak menunjukkan sebarang penyesalan atas kesalahan yang dilakukan dan hanya mendiamkan diri apabila diberi peluang bercakap di Mahkamah sebelum hukuman dibacakan.

Mahkamah juga mendapati pihak pembelaan dalam hujahnya hanya menyentuh mengenai kesalahan pertama tertuduh tanpa menyatakan apa-apa mengenai kekesalan anak guamnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Batu Payung dalam daerah Tawau, pada 6 September 2021, jam 7.30 malam.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dihukum tidak kurang daripada 15 sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain bersama Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Suriana manakala tertuduh diwakili peguam Darmin Achok.

Hurman dalam hujahnya berkata, meskipun keputusan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan adalah tertakluk kepada budi bicara mahkamah, namun pihaknya berharap agar hukuman mati dikenakan terhadap tertuduh atas faktor jumlah berat dadah dan kepentingan awam.

Sepanjang prosiding perbicaraan, pihak pendakwaan telah mengemukakan lima orang saksi manakala seorang saksi bagi pihak pembelaan iaitu tertuduh sendiri.

Untuk rekod, sabitan kes ini adalah kes pertama Mahkamah Tinggi Tawau menjatuhkan hukuman mati selepas pemansuhan hukuman mati mandatori yang berkuatkuasa 4 Julai 2023.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.417919 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list