CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1422|Reply: 0

[Sabah] Penjawat awam disaran tingkat kualiti perkhidmatan selari dengan dunia pendigitalan

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:16 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Sebahagian penjawat awam yang menyertai seminar itu merakamkan gambar kenangan bersama Arifin sempena majlis itu.

KENINGAU: Setiap agensi kerajaan di negeri ini disaran supaya meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan selari dengan perubahan teknologi masa kini bagi memastikan rakyat dapat menikmati khidmat yang terbaik dan profesional.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan awam dengan membangunkan sistem baharu bagi memperkasa penyampaian perkhidmatan.

Mengulas lanjut, Arifin berkata, kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri telah membangun sistem baharu iaitu Sistem Pengurusan Dokumen Elektronik (SPDE) 3.0, yang kearah pendigitalan perkhidmatan awam.

Selain SPDE 3.0 terdapat juga sistem lain yang mulai digunakan seperti Sistem Keluar Pejabat serta penambahbaikan Sistem Maklumat Kakitangan Sektor Awam Negeri (SM2) kepada sistem baharu dengan ciri-ciri keselamatan terkini.



IKTIRAF: Sebahagian penjawat awam yang menerima anugerah atas penglibatan dalam ICT di agensi masing-masing merakamkan gambar kenangan bersama Arifin sempena majlis itu.

Mengenai isu keselamatan siber, Arifin berkata ia juga menjadi keutamaan Kerajaan Negeri, justeru kerajaan telah menubuhkan satu pasukan khas iaitu Sabah State Government Computer Security Incident Response Team (SgCSIRT) bagi menangani isu-isu berkaitan keselamatan siber.

Pasukan khas itu katanya, dianggotai oleh pakar-pakar keselamatan ICT bagi menangani sebarang ancaman siber.

Arifin juga berharap penjawat awam sentiasa peka terhadap ancaman keselamatan siber agar tidak tertipu dan menjadi mangsa 'scammer' dengan taktik-taktik terkini.

Beliau berkeyakinan, penganjuran Seminar ICT Sektor Awam Negeri Wilayah Pedalaman Atas yang dilaksanakan itu dapat meningkatkan pengetahuan penjawat awam sekaligus mengukuhkan sektor awam melalui teknologi digital.


AMANAT: Arifin menyampaikan ucapannya sempena seminar yang diadakan itu.

Justeru Arifin berharap penjawat awam dapat menyemarakkan budaya inovasi disamping meningkatkan kreativiti dalam penyampaian perkhidmatan selain melaksana aktiviti Research & Development (R&D) bagi membolehkan kerajaan bukan sahaja 'menyediakan' perkhidmatan tetapi juga 'menawarkan' khidmat yang terbaik sekaligus menyelesaikan masalah rakyat.

"Saya berharap setiap agensi termasuklah di daerah dan cawangan dapat meneliti kembali data-data agensi yang ada dalam kawalan dan membuat tindakan-tindakan yang wajar untuk memastikan data-data ini sentiasa kemaskini dan relevan dengan situasi semasa.

"Setiap agensi juga perlu melihat kesesuaian untuk berkongsi data bernilai tinggi kepada lain-lain agensi dan orang awam bagi menyemarakkan lagi aktiviti pendigitalan dalam komuniti, " katanya.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, Kamaltan Karimin; Pegawai Daerah Keningau, Peter Jonu Moinjil dan Pengerusi Penganjur, Abil Songping yang juga Ketua Cawangan JPKN Wilayah Pedalaman Atas.


KENANGAN: Arifin merakamkan gambar kenangan sambil menunjukkan isyarat bagus bersama sebahagian penjawat awam di majlis itu.

Sempena seminar itu juga, penjawat awam turut diberikan pengiktirafan dalam bentuk anugerah atas usaha dan penglibatan mereka dalam penerapan ICT di agensi masing-masing.

Melalui anugerah itu, ia secara tidak langsung berupaya meningkatkan pembudayaan inovasi dalam sektor awam sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan menjadi sebuah Kerajaan digital di masa hadapan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.196410 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list