CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1450|Reply: 0

[Sabah] Permudahkan permohonan buskers untuk membuat persembahan

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:15 PM | Show all posts |Read mode


BINCANG: Chew ketika mengadakan tinjauan di Medan Selera.

SANDAKAN: Satu pendekatan proaktif perlu diwujudkan bagi memudahkan kumpulan 'buskers' memohon untuk membuat persembahan di kawasan awam.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, cadangan berkenaan sudah dimaklumkan kepada pihak berwajib untuk pertimbangan sewajarnya.

"Pemohonan ini perlu diseragamkan bagi memudahkan pihak jawatankuasa berkaitan untuk membuat keputusan yang adil sekiranya tedapat permohonan seumpamanya di kawasan tertentu.

"Ketika kini, terdapat kumpulan busker yang membuat persembahan mereka di Medan Selera di sini," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Berikutan itu katanya, tinjauan dilakukan di Medan Selera dan berkesempatan bertemu dengan Gurindam Busker Sandakan yang membuat persembahan di sana.

Katanya, sesi perbincangan yang diadakan penting dalam usaha memaklumkan kepada pihak berwajib bahawa kumpulan berkenaan wajar diberikan keutamaan untuk membuat persembahan di kawasan itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.057706 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list