CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1432|Reply: 0

[Sabah] SOSHF mahu pembinaan Pusat Jantung Kongenital direalisasikan

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:12 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Eva (tengah) bersama rombongannya serta kakitangan Wad Pediatrik, Queen Elizabeth Hospital II merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOSHF) masih menaruh harapan agar negeri ini mempunyai sebuah Pusat Jantung Kongenital.

Presiden SOSHF Datuk Eva Susau berkata, pusat berkenaan mampu untuk memberikan perkhidmatan kepada lebih 300,000 pesakit Kecacatan Jantung Kongenital (CHD) di negeri ini.

"Perlu diingatkan, Sabah mempunyai populasi seramai 3.9 juta orang dengan statistik menyatakan setiap seorang daripada 100 individu adalah dilahirkan dengan CHD.

"SOSHF sekali lagi memohon agar sebuah Pusat Pakar Kesihatan di Sabah dapat diwujudkan untuk memberikan perhatian kepada keperluan penjagaan kesihatan rakyat negeri ini," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pakar jantung sangat diperlukan di Sabah memandangkan penyakit jantung semakin meningkat disebabkan gaya hidup masyarakat yang sudah berubah.

Katanya, ketiadaan Pusat Pakar Kesihatan di Sabah akan menyebabkan pesakit jantung khususnya, menderita dan terpaksa perlu mengharungi perjalanan jauh, dengan kos tinggi bagi mendapatkan rawatan berkaitan.

"Terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, mereka tidak mempunyai akses pakar kesihatan di Sabah.

"Mewujudkan Pusat CHD di dalam Pusat Pakar Kesihatan Jantung di Sabah penting untuk melengkapkan keperluan jagaan kesihatan rakyat negeri ini," katanya.

Menurutnya, dengan memberikan akses berkenaan, pesakit bukan sahaja mempunyai masa depan yang cerah tetapi juga mempromosikan kesamarataan dalam menerima rawatan kesihatan, seterusnya memperkasakan tenaga kerja kesihatan tempatan.

Katanya, adalah penting kerajaan Persekutuan agar menyalurkan peruntukan mencukupi dan autonomi kepada sistem kesihatan Sabah bagi memastikan rakyat negeri ini menikmati taraf kehidupan yang lebih baik serta berkualiti.

Baru-baru ini, SOSHF telah mengadakan lawatan ke Wad Pediatrik, Queen Elizabeth Hospital II untuk memberikan keceriaan kepada pesakit CHD khususnya kanak-kanak.

Lawatan diadakan sempena Hari Kekasih dan Tahun Baharu Cina 2024.

Dalam lawatan itu, terdapat sembilan pesakit (empat perempuan, lima lelaki) kanak-kanak ditempatkan di wad berkenaan yang berumur dari satu bulan sehingga 11 tahun.

Sebahagian daripada pesakit ini adalah dalam senarai menunggu rawatan di Kuala Lumpur.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.064414 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list