CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1416|Reply: 0

[Sabah] Jawatankuasa Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor laksana program Ziarah Kasih

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:11 PM | Show all posts |Read mode


SAMPAIKAN: Yazid (tiga kiri) menyampaikan buah tangan kepada Abd Karim (lima kiri) sempena program ziarah itu.

KENINGAU: Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor melaksanakan program Ziarah Kasih dengan menyantuni salah seorang penduduk di Kampung Bingkor Baru, Abd Karim Ismail.

Seramai lapan orang rombongan menyertai program ziarah itu yang diketuai Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Yazid Mohd Hasnan Tawik yang turut disertai isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datin Doris Jopirit.

Sempena ziarah itu, Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor menyampaikan buah tangan kepada Abd Karim yang diserahkan oleh Yazid manakala Doris pula menghulurkan sumbangan kewangan.


SAMPAIKAN: Doris (lima kanan) menyampaikan sumbangan kewangan kepada Abd Karim (lima kiri) sempena program ziarah itu.

Timbalan Pengerusi Masjid Kamaruddin Said ketika ditemui memberitahu, program Ziarah Kasih yang diadakan itu bertujuan menyantuni warga emas termasuk mereka yang mengalami masalah kesihatan.

Selain itu katanya, program yang dilaksanakan itu juga menjadi platform untuk merapatkan tali silaturahim dan bercadang untuk meneruskan program itu sepanjang tahun ini.

Turut serta dalam program Ziarah Kasih di Kg Bingkor Baru, Ketua Biro Kebajikan Dani Richard.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.066904 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list