CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18540|Reply: 0

[Sabah] Projek Rumah Anak Yatim Ar-Rayyan perlu disokong semua pihak

[Copy link]
Post time 7-3-2024 09:12 PM | Show all posts |Read mode


SUMBANGAN: Mantan Timbalan Presiden MPT, Tony Koh (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Bendahari PRAY, Haji Amit Wahid.

TAWAU: Projek pembinaan Rumah Anak Yatim Ar-Rayyan adalah satu usaha murni bagi melindungi anak-anak yatim di daerah ini terutamanya anak yatim perempuan.

Mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Tony Koh berkata, tanpa bantuan dan sumbangan daripada orang ramai, projek ini tidak akan berjaya dilaksanakan seperti sekarang.

Katanya, usaha yang tulus dan ikhlas ini perlu dipuji serta diberikan sokongan oleh semua pihak supaya projek berkenaan dapat disiapkan dengan cepat.

“Saya memuji inisiatif mantan Presiden MPT Datuk Ir. Amrullah Kamal yang merupakan Pengerusi dan pengelola Rumah Anak Yatim Ar-Rayyan kerana dapat membina pusat ini.

“Saya percaya dengan kepakaran dan pengalaman yang beliau miliki, projek rumah anak yatim ini dapat disiapkan dengan baik serta kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan kepada projek Rumah Anak Yatim Ar-Rayyan, di sini hari ini.

Sumbangan itu disampaikan kepada Bendahari Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Tawau (PRAY), Haji Amit Wahid.

Tony Koh berkata, projek rumah anak yatim ini sangat luar biasa kerana kebiasaannya pusat sebegini akan menempatkan anak yatim lelaki dan perempuan.

“Namun, rumah anak yatim ini hanya mengkhususkan kepada anak yatim perempuan dan tidak bercampur supaya mengelak daripada perkara tidak diingini.

“Beliau (Datuk Amrullah) juga sudah membina Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh yang menempatkan hanya anak-anak yatim lelaki sejak tahun 2007 lagi,” katanya.

Beliau berkata, Rumah Anak Yatim Ar-Rayyan juga akan dibina satu dewan serbaguna bagi kemudahan aktiviti anak-anak yatim akan datang.

“Pembinaan dewan itu menunjukkan bahawa pengurusan rumah anak yatim ini ingin memberi keselesaan kepada semua anak-anak yatim.

“Justeru, saya menyeru kepada masyarakat di daerah ini supaya tampil memberikan sumbangan bagi mempercepatkan projek rumah anak yatim di sini siap,” katanya.

Sementara itu Pengerusi PRAY, Datuk Amrullah Kamal berkata, pembinaan Rumah Anak Yatim Ar-Rayyan adalah kesinambungan rumah anak yatim lelaki Ar-Raudhoh.

“Dengan sumbangan seorang usahawan dan orang ramai kita dapat memiliki tanah di tapak yang ketika ini dibangunkan Rumah Anak Yatim Ar-Rayyan.

“Kos pembinaan bangunan Rumah Anak Yatim Ar-Rayyan ini juga mendapat bantuan daripada seorang usahawan yang juga kawan baik saya semasa belajar di England,” katanya.

Amrullah berkata, pihaknya juga sedang merangka untuk membina dewan serbaguna dan sebuah bangunan empat tingkat Rumah Anak Yatim Ar-Rayyan Annexe untuk menempatkan anak-anak yatim lelaki.

“Kedua-dua projek itu serta jalan keluar masuk rumah ini memerlukan dana kira-kira RM2 juta lagi untuk disiapkan.

“Justeru, saya ingin mengalu-alukan masyarakat di daerah ini dan seluruh penduduk di negeri Sabah supaya tampil membantu menjayakan kedua-dua projek itu,” katanya.

Katanya, semua penyumbang untuk pembangunan di Rumah Anak Yatim Ar-Rayyan ini akan diberikan pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kami akan memberikan resit yang sah bagi sesiapa yang ingin membuat pelepasan cukai atas sumbangan yang diberikan kepada pembangunan Rumah Anak Yatim Ar-Rayyan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.175182 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list