CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17859|Reply: 0

[Sabah] Program Advokasi Kepenggunaan bantu tingkat kesedaran pengguna tentang hak

[Copy link]
Post time 7-3-2024 08:51 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Kevin dan tetamu jemputan lain merakamkan gambar kenangan bersama Zakaria semasa beliau tiba bagi meninjau perjalanan program advokasi yang diadakan itu.

BEAUFORT: Program Advokasi Kepenggunaan yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sabah Cawangan Beaufort diyakini berupaya meningkatkan kesedaran tentang hak sebagai pengguna.

Program yang diadakan di Dewan Pa’ Musa pada Khamis itu turut mengadakan ceramah yang disampaikan penceramah jemputan bagi memberi penerangan lebih mendalam mengenai isu semasa demi meningkatkan kesedaran pengguna tentang hak mereka.

Program Advokasi Kepenggunaan di Beaufort dimulakan dengan ceramah daripada KPDN yang disampaikan Penolong Pegawai Penguatkuasa, Norazlan Nordin dengan topik ceramah ‘Penipuan Atas Talian’.

Program diteruskan dengan ceramah seterusnya yang disampaikan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Daerah (IPD) Beaufort, Insp Mohd Hafiz Hamdan dengan topik ‘Penipuan dan Jenayah Siber’.

Perkongsian yang disampaikan menerusi ceramah dengan pelbagai kupasan topik bukan sahaja berupaya memberi kesedaran dengan lebih terperinci malah dapat memberi pemahaman tentang hak serta tanggungjawab pengguna terutama sekali dalam setiap transaksi yang dilakukan termasuk aspek interaksi.

Dengan peredaran semasa dalam dunia yang semakin kompleks dan cepat berubah, adalah penting para pengguna lebih berwaspada sekiranya terdapat unsur penipuan dan juga penyalahgunaan maklumat lebih-lebih lagi dalam era digital tanpa sempadan.

Melalui penganjuran advokasi adalah penting para pengguna memanfaatkan sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk membuat keputusan sebelum membuat sebarang pembelian.

Turut dikongsikan kepada orang ramai tentang fungsi dan cabaran Majlis Daerah Beaufort yang disampaikan Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan, Yuzeirul Ahmad Yusop dan akhir sekali perkongsian informasi daripada MTPN oleh Ketua Biro Aduan Cawangan Sabah, Michelle Liew.

Dalam pada itu, Yang Dipertua MTPN Sabah, Kevin Lo Kian Min ketika ditemui pemberita menggesa orang ramai untuk menyalurkan aduan kepada MTPN di daerah masing-masing bagi melindungi hak pengguna.

Masyarakat khususnya pengguna di Beaufort yang mempunyai aduan boleh menghubungi MTPN Cawangan Beaufort, Jason di talian 010-5211590 manakala di Kuala Penyu di talian 0111-5937430 (Veronica).

Jelas Kevin aduan-aduan yang diterima daripada pengguna akan disusuli dengan kementerian berkaitan bagi membantu menyelesaikan isu yang dihadapi itu bagi memastikan hak pengguna terjamin.

Difahamkan setakat ini MTPN Sabah telah menerima sebanyak 120 aduan dan lebih 80 kes aduan berjaya diselesaikan.

Semasa Program Advokasi Kepenggunaan yang dilangsungkan di Beaufort, Timbalan Ketua Setiausaha Pendayaupayaan Pengguna (PP) KPDN, Datuk Zakaria Shaaban turut berkesempatan meluangkan masa meninjau perjalanan program berkenaan.

Turut hadir Ketua Cawangan KPDN Sabah Cawangan Beaufort, Julie Julhani; MTPN Sabah Cawangan Beaufort, Edmar Dwain Sagoso; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lumadan, Dioslin Agustine dan Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Mohammad Nazrul Nordin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.435417 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list