CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5640|Reply: 0

[Terengganu] Ridzwan menjadi individu pertama berenang tanpa henti dan tanpa bantuan

[Copy link]
Post time 7-3-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode

RIDZWAN individu pertama berjaya berenang tanpa henti dan tanpa bantuan dari Pulau Lang Tengah ke Pulau Perhentian Besar. FOTO ihsan RIDZWAN RAHIM

Kuala Terengganu: Seorang penulis teknikal berjaya menjadi individu pertama berenang tanpa henti dan tanpa bantuan dari Pulau Lang Tengah ke Pulau Perhentian Besar, Ahad lalu.

Ridzwan Rahim, 47, memulakan renangan sejauh 26.2 kilometer (km) pada 9.30 pagi dengan mengambil masa 12 jam 25 minit 15 saat (s) untuk tiba di Pulau Perhentian pada 9.55 malam sambil diiringi dua bot dan kayak.

Menurut Ridzwan, renangan itu adalah renangan perintis ketiganya selepas berenang sejauh 17km dari Pulau Perhentian dan Pulau Redang ke tanah besar sejauh 25km pada Mac 2021 dan Jun 2023.

Ridzwan yang berasal dari Kajang, Selangor berkata, ombak besar ditambah dengan keadaan laut bergelora menjadi cabaran utamanya sepanjang renangan berkenaan selain turut disengat obor-obor sebanyak empat kali.


Menurutnya, dia juga terpaksa mengubah laluan asal dan melakukan renangan dengan jarak lebih jauh berikutan angin kencang selain mengambil kira aspek keselamatan pasukan pengiring.

"Laluan asal adalah dari Pulau Perhentian Besar ke Pulau Lang Tengah namun ditukar dan saya juga terpaksa berenang sejauh 26.2km walaupun jarak sebenar hanya 17km kerana keadaan laut bergelora.

"Cabaran paling besar adalah berdepan ombak setinggi 1.5 sehingga 2 meter dan angin kencang mencecah 15 knot tetapi dengan iltizam dan tekad saya dapat menamatkan renangan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Ridzwan , dia berhasrat menjadi perintis kluster renangan maraton baharu iaitu 'Terengganu Four Swims' membabitkan pulau peranginan di negeri itu.

Beliau berkata, Terengganu berpotensi menjadi laluan atau pusat renang bertaraf antarabangsa terutamanya perairan Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah.

"Saya harap usaha (renangan) ini dapat menarik minat lebih ramai perenang tegar dari seluruh dunia untuk turut sama merasai pengalaman merentasi pulau peranginan yang indah di Terengganu ini.

"Renangan pada 2021 disahkan Persekutuan Perenang Maraton (MSF) sekali gus mengiktiraf pencapaian berenang secara solo, tanpa henti dan tanpa bantuan," katanya.

Menurutnya, Terengganu mempunyai pulau-pulau yang indah dan ia amat sesuai untuk dijadikan salah satu tarikan pelancongan berasaskan renangan marathon.

Katanya, aktiviti renang solo jarak jauh ini masih belum diketengahkan secara meluas dan sekiranya ia menjadi salah satu acara tetap mungkin dapat meningkatkan kehadiran perenang untuk menjayakan sesuatu program yang dianjurkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-dan-tanpa-bantuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.427653 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list