View: 27067|Reply: 252
|
Dilantik model, Misya tak tahu Aslam, Marissa terbabit jenama sama
[Copy link]
|
|
Dilantik model, Misya tak tahu Aslam, Marissa terbabit jenama sama
https://www.bharian.com.my/hibur ... erbabit-jenama-sama
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin - Mac 7, 2024 @ 11:43am
[email protected]
Marissa dan Aslam menjayakan fotografi baju raya, malah Misya turut dilamar jenama produk sama tanpa diberitahu suami dan madu turut serta.
KUALA LUMPUR: Video pempengaruh Marissa Dania Hakim bersama lelaki dipercayai Mohd Aslam menjayakan fotografi baju raya mendapat perhatian ramai.
Pasangan itu menggayakan baju sedondon warna hitam kelihatan tidak kekok menjalani penggambaran bersama.
Malah, dalam satu lagi video, Marrisa, 19, kelihatan membetulkan butang baju Melayu suaminya.
Bagaimanapun, netizen kurang senang melihat video berkenaan sehingga ada yang mengugut untuk memboikot jenama berkenaan.
Lebih membuatkan ramai tidak berpuas hati apabila isteri pertama Aslam, Misya Mazlan turut dilamar sebagai model baju raya berkenaan, tetapi dikatakan tidak tahu menahu mengenai pembabitan suami dan madunya untuk jenama sama.
Sementara itu, kakak kepada Misya, Nadiah Mazlan mendedahkan adiknya tidak tahu mengenai pembabitan Marissa dengan jenama sama kerana fotografi dilakukan secara berasingan.
"Kamu semua ada perasaan, hati, 'common sense', akhlak dan ambil peduli tentang perasaan orang lain.
"Untuk pengetahuan, Misya memang tak tahu langsung ketika shoot produk tu, perempuan ini juga shoot produk yang sama.
"Bila sampai tempat 'casting' barulah tahu dan pada masa itu, diberitahu jangan 'post' benda-benda yang membabitkan mereka berdua (Misya-Marissa).
"Saya kakak kepada Misya. Saya komen sebab saya perlu pertahankan adik saya. Jangan jadikan bahan ini sebagai 'marketing' kalian.
"Tolong jadi manusia yang punya ihsan terhadap manusia lain," kongsi Nadiah di Instagram Story (IGs).
Selain itu, Nadiah turut meminta agar jenama pakaian berkenaan meminta maaf kepada adiknya disebabkan kerakusan menaikkan jenama itu sehingga sanggup melukakan hati orang lain.
Difahamkan, Misya sanggup menolak satu tawaran jenama besar kerana Marissa terbabit dengan jenama berkenaan. Sekiranya tahu Marissa turut terbabit pasti Misya menolaknya.
Tinjauan BH Online ke akaun jenama pakaian itu bagaimanapun mendapati tiada foto mahupun video Marissa dan Aslam dimuat naik.
Marissa juga tidak berkongsi sebarang foto mahupun video dalam akaun IG peribadinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah caras hak org patut duk diam diam. Nie dia nak buktikan apo. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiga2 bukan retis
Tak abis2 citer diorang kat thread ni, muak! |
|
|
|
|
|
|
|
Jenama apa ni..boleh boikot jurr |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 7-3-2024 02:59 PM
Tiga2 bukan retis
Tak abis2 citer diorang kat thread ni, muak!
Ko sound skali kt thread shelop tu..tu lg bnyk benang dia je asik diupkan..pastu kt thread2 lain pun asik diciritkan nama minah tu..NYEMAK! |
|
|
|
|
|
|
|
Harapkan rupa paras je la dak Marisa ni
Bila buka mulut bercakap meleweh2., cam tak cukup zat.
Mengantuk n mual tenguk dia review produk.,
Jenis serba serbi lembab kalau buat kerja rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon balasan cepat sikit kat penyondol dengan jantan ni...memang cukup berani eh sampai xpikir balasan... |
|
|
|
|
|
|
|
brand @jelitawardrobe ..
dah kene serang netizen dah. sian pulak dengan umisya tu, yg penyondol M pulak butangkan baju laki, tv 1st wife shoot sorang2… |
|
|
|
|
|
|
|
masa belum kene caras (aka skandal) mmg elok dikecam.
tapi dh nikah(?) ni malas dah aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tersakiti betul si kakak dorang dh nikah pn so wuttodooo.. masing2 ada pilihan untuk angkat kaki tp masing2 pilih untuk stay so hadap ja la nk berbunyi apo lg?? Net pn kemain nk boikot brand ni mcm laki ngko plk kena caras |
|
|
|
|
|
|
|
Ira n sol pun x up gambar2 mesra lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
eh muka laki bini ni seiras la. moga kekal berjodohan jgn jadi macam adira madu dan tokred |
|
|
|
|
|
|
|
eh muka laki bini ni seiras la. moga kekal berjodohan jgn jadi macam adira madu dan tokred |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa suh adik kau bodow
Tak leh hidup takde lelaki agaknya
Sedekah je la kat anak abby tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima job tak tapi rahsia Dr suami ,suami pun tak ckp job mana..last netizen yg tau semua job company sama..sama2 lahmbik kesempatan atas viral masalah org lain |
|
|
|
|
|
|
|
harap jenama tersebut amik lah juga yebbi-oman-meme kalo boleh sekali anak beranak semua...kumpulkn sekali...amik gambar riang ria dihari raya...lepas tu netijen sejuk hati dah....dan mereka2 pun hidup bahagia hingga akhir hayat....the end
|
|
|
|
|
|
|
|
musykil..asal kesah penyondol mst yg hype si isteri n penyondol..yg jantan tak guna jgk amannn damaiiiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|