CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21715|Reply: 0

[Sarawak] Kajian pembangunan tenaga menggunakan aliran sungai di Limbang, Lawas

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:37 PM | Show all posts |Read mode





Abang Johari bersama (dari enam kiri) Awang Tengah, Dr Abdul Rahman, Hasbi dan Mohamad Abu Bakar serta yang lain ketika meninjau projek Tebingan Sungai Limbang hari ini.
LIMBANG: Sarawak sedang melakukan kajian untuk membangun dan membekalkan sumber tenaga menggunakan aliran sungai di Limbang dan Lawas menerusi teknologi baharu.
ADVERTISEMENT




Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kaedah ini mengguna pakai pendekatan sama di Kanada yang mana industri tenaga elektrik menggunakan sumber air.
“Kita akan membuat kajian untuk membekalkan tenaga sumber kuasa air melata yang terdapat di Sungai Limbang dan Lawas dan kaedah ini tiada kena mengena dengan pengambilan tanah kerana menggunakan aliran sungai.
“Ini adalah satu teknologi baharu, seperti negara Kanada, 50 peratus tenaga di negara itu adalah sumber kuasa air melata dari sungai.
ADVERTISEMENT




“Ini sudah tentu memberi masa depan yang cerah kepada Limbang dan Lawas,” katanya pada sidang media ketika mengadakan lawatan ke Projek Tebingan Sungai Limbang hari ini.
Mengiringi beliau ialah kedua-dua Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail serta kenamaan lain.

Abang Johari bersama (dari tiga kanan) Dr Abdul Rahman, Hasbi, Uggah, Awang Tengah dan Mohamad Abu Bakar serta yang lain berpuas hati melihat perkembangan Jambatan Sungai Limbang hari ini.
Dalam pada itu katanya, bahagian Limbang dan Lawas akan diliputi 100 peratus kemudahan bekalan air dan elektrik menjelang 2025.

“Dijangka 2025, bekalan elektrik dan air 100 peratus siap di bahagian Limbang termasuk Lawas.

“Dengan kemudahan loji penapisan yang sedang dalam pembinaan kita akan bekalkan tenaga diperbaharui ke Sabah.

ADVERTISEMENT


“Sarawak Energy Berhad (SEB) akan berbincang dengan Brunei yang juga berkehendakkan tenaga, kalau kita jana tenaga ini, kita akan gunakan grid negeri melalui penjanaan tenaga dari Miri dan menerusi Limbang,” ujarnya.

Selain itu katanya, bahagian Limbang juga mempunyai  potensi untuk menghasilkan minyak dan gas.

Katanya, Sarawak melalui syarikat miliknya Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) bercadang meneroka, mengurus dan mengendalikan industri minyak dan gas dengan menjalinkan kerjasama dengan negara Timur Tengah.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.051061 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list