CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21558|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari pengerusikan SDCCM di Limbang

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:33 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari disambut mesra tetamu kenamaan sebaik tiba pada SDCCM di Limbang, hari ini. - Gambar UKAS

LIMBANG: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Negeri (SDCCM) Bilangan 1 2024 di sini, hari ini.

Pada mesyuarat itu lima kementerian serta sebuah agensi di bawah Kerajaan Sarawak membentangkan laporan berhubung prestasi pelaksanaan projek di bahagian Limbang.

Kementerian dan agensi terlibat adalah Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG), Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD), Kementerian Utiliti dan Komunikasi (MUT), Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR), Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Peguam Besar Sarawak Datu Saferi Ali.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan kenamaan lain.

Pada sebelah petang, Abang Johari melawat beberapa tapak projek pembangunan termasuk Jambatan Sungai Limbang, Jambatan Sungai Bunut No.2, Rumah Mampu Milik (RMM) Rangau, Kompleks Pentadbiran Bersepadu (IAC) Bahagian Limbang dan Tebingan Sungai Limbang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.055515 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list