Pieng (duduk, dua kanan) merakam kenangan bersama barisan jawatankuasa baharu Kelab Lions Sibu Loving Care sesi tahun 2024-2025.
SIBU: Pieng Lay Wee dipilih sebulat suara sebagai presiden Kelab Lions Sibu Loving Care sesi 2024-2025.
Pemilihan dilakukan pada mesyuarat ahli majlis kali kelapan sesi ketiga di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
Pieng menggantikan Goh Ee Leng, dipilih sebagai presiden keempat yang akan berkhidmat mulai 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025.
Sementara itu, Alvin Ting Ing Sing dan David Sia Chin Ping dipilih memegang jawatan naib presiden.
Evonne Yong Ching King dilantik sebagai setiausaha, Felix Tan Si Jun (bendahari) dan Henry Jackson Teo Hieng Huat (pengerusi keahlian).
|