CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19356|Reply: 0

[Sarawak] Kedai jual barangan serbaneka jenis fabrik terbakar

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:27 PM | Show all posts |Read mode


Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran.

KUCHING: Sebuah kedai menjual barangan serbaneka jenis fabrik di pekan Siburan, Batu 17 Jalan Kuching-Serian dilaporkan musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.25 petang.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

"Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan satu unit kedai daripada lima unit untuk satu blok kedai tiga tingkat jenis kekal.

"Kebakaran memusnahkan bahagian tingkat bawah kedai yang telah terbakar sepenuhnya melibatkan barangan serbaneka jenis fabrik manakala tingkat dua hanya musnah lima peratus akibat asap," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pasukan bomba berjaya memadam kebakaran sepenuhnya jam 4.45 petang.

"Setelah memastikan keadaan selamat dan tiada lagi punca api naik semula, pasukan bomba bertolak balik ke balai," katanya.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya jam 5.30 petang.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.224443 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list