CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14545|Reply: 0

[Sarawak] KPT komited kukuhkan kedudukan IPT di Sarawak

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:26 PM | Show all posts |Read mode


Zambry menyampaikan cenderamata kepada Tun Wan Junaidi semasa mengadakan kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak hari ini.

“Ini menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan  menerusi KPT terhadap pendidikan di Sarawak.”

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Menteri Pendidikan Tinggi

KUCHING: Kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited untuk mengukuhkan kedudukan institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kementeriannya akan terus berurusan di Sarawak agar dapat memantapkan lagi semua IPT di bawah KPT.

“Ini menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan  menerusi KPT terhadap pendidikan di Sarawak,” katanya dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Zambry turut memuji komitmen tinggi Kerajaan Sarawak terhadap pendidikan di negeri ini.

“Seperti sedia maklum Kerajaan Sarawak mempunyai lima IPT swasta di bawah kerajaan negeri dan ini menunjukkan komitmen yang tinggi oleh Kerajaan Sarawak terhadap pedidikan di negeri ini,” ujarnya.

Mengenai keadaan-keadaan institusi di Sarawak, beliau mendapati terdapat kemudahan di IPT yang memerlukan perhatian.

“Sepanjang dua hari lawatan, saya melihat dari segi kedudukan institusi-institusi sedia ada, ia perlukan perhatian.

“Ini termasuk usaha baik pulih dan sebagainya,” kata Zambry.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Dr Zaini Ujang, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Profesor Dr Azlinda Azman, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan [url=mailtooliteknik@Kolej]Politeknik@Kolej[/url] Komuniti Dr Mohd Zahari Ismail dan Naib Canselor UNIMAS Profesor Dr Ahmad Hata Rasit.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.057754 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list