CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12729|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak catat jumlah penanaman pokok terbesar, lebih 32 juta pokok

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:24 PM | Show all posts |Read mode


Hamden (depan, kanan) bersama Lau (depan, dua kanan), Pengerusi WWF Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar (depan, tiga kanan) dan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO) Sheam Satkuru (depan, dua kiri) serta yang lain melancarkan Buku Panduan Pembalakan Kurang Impak (RIL) Penuaian ‘Ground-Based Timber’ di Sarawak sempena persidangan. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Sarawak mencatatkan jumlah penanaman pokok terbesar di kalangan negeri di Malaysia setakat ini dengan melebihi 32 juta pokok.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Datu Hamden Mohammad berkata, usaha itu dapat dicapai menerusi inisiatif Program Restorasi Landskap Hutan (FLR).

“Bagi meneruskan Program Restorasi Landskap Hutan FLR, Sarawak telah menetapkan matlamat untuk menanam 35 juta pokok di seluruh negeri dalam tempoh lima tahun, bermula dari 2021 hingga 2025.

“Ia dengan memberi tumpuan kepada kawasan pembalakan, hutan simpan, kawasan perlindungan, tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan tanah milik persendirian.
“Sehingga kini, Sarawak mencatatkan jumlah penanaman pokok terbesar di kalangan negeri-negeri Malaysia, melebihi 32 juta pokok.

“Ia juga diwajibkan bagi lesen kayu hutan untuk memulakan aktiviti FLR yang merangkumi penanaman pokok spesies asli, pengurusan silvikultur dan agroforestri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Pengurusan Mampan Hutan Tropika anjuran Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) yang dihadiri Pengerusi STA Dato Henry Lau di sini, hari ini.

Hamden berkata adalah penting untuk menekankan bahawa Sarawak adalah sebuah wilayah membangun, di mana sumber hutan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negeri.

Katanya untuk mengimbangi keperluan untuk pemuliharaan alam sekitar dan keperluan ekonomi, Sarawak telah mengurangkan operasi penuaian kepada kira-kira 2 juta meter padu setahun, dengan syarat ketat mengenai pensijilan pengurusan hutan (FMC) untuk kedua-dua hutan semula jadi dan hutan tanam.

“Pada masa ini kami mempunyai 25 hutan semula jadi bertauliah meliputi lebih 2.2 juta hektar serta 7 ladang hutan bertauliah meliputi kira-kira 97,000 hektar.

“Dengan ini, saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak berkepentingan yang telah memainkan peranan, secara langsung atau tidak langsung dalam perjalanan ini, merintis jalan ke arah masa depan yang lebih lestari,” katanya.

Hamden berkata, bagaimanapun tidak dinafikan hutan menghadapi pelbagai ancaman yang menjejaskan daya maju jangka panjangnya.

Beliau berkata pada tahun 2020, penduduk di Sarawak telah mencatat kadar pertumbuhan sebanyak 1.4 peratus mencecah jumlah 2.5 juta orang.

“Persaingan yang semakin meningkat untuk mendapatkan tanah dan sumber hutan menimbulkan ancaman besar kepada kelestarian hutan, kerana pelbagai pihak berkepentingan bersaing untuk mendapatkan akses kepada aset semula jadi yang berharga ini.

“Selain itu, konflik kepentingan terhadap hutan timbul apabila pihak berkepentingan yang berbeza, seperti komuniti orang asli, pemuliharaan dan industri, mempunyai kepentingan yang berbeza di kawasan hutan yang sama,” katanya.

Justeru katanya, bagi menangani ancaman itu, ia memerlukan usaha bersepadu dalam kalangan kerajaan, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan lain di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa.

Katanya, ia termasuk pelaksanaan amalan pengurusan hutan yang mampan, mengukuhkan penguatkuasaan dan tadbir urus undang-undang, menggalakkan inisiatif pemuliharaan dan mengurangkan kesan perubahan iklim.

Selain itu Hamden berkata, penglibatan dan pembangunan komuniti adalah komponen penting dalam pengurusan hutan mampan (SFM) bagi memastikan komuniti tempatan memainkan peranan aktif dalam memulihara dan menggunakan sumber hutan secara bertanggungjawab.

Katanya Jabatan Hutan telah secara aktif memudahkan penglibatan komuniti dengan pemegang Lesen Kayu Hutan dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan melalui inisiatif Pensijilan Pengurusan Hutan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.200350 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list