CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2475|Reply: 0

[Sarawak] Pang sumbang kurma, jadual berbuka puasa

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:07 PM | Show all posts |Read mode


Pang (tengah) merakam gambar kenangan bersama para penerima sumbagan kurma serta jadual berbuka puasa dan imsak di Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu hari ini.

BINTULU: Sumbangan kurma dan jadual berbuka puasa termasuk imsak daripada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu amat bermakna buat masyarakat Islam setempat menjelang Ramadan ini.

Sejumlah 2,500 kotak dan peket kurma telah disediakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang di Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu di Bintulu Sentral untuk agihan hari ini.

Pang berkata, tahun ini seperti juga tahun lepas beliau mengagihkan sumbangan kurma dan jadual berbuka puasa kepada masyarakat Islam setempat menjelang bulang puasa.

"Ini merupakan program tahunan pusat khidmat ini sebagai tanda menghormati kepelbagaian kaum dan perbezaan agama di bahagian ini sekali gus memberi makna bahawa kita turut mengambil berat tentang mereka," katanya ketika ditemui semasa penyerahan sumbangan tersebut.

Menurutnya, sebanyak 2,500 kotak dan peket kurma diserahkan kepada setiap komuniti khusus untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berbeza di kawasan DUN Tanjong Batu.

Diharap dengan sumbangan tersebut akan membantu meringankan beban komuniti Islam setempat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.069249 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list