CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1970|Reply: 0

[Sarawak] Lidam pengerusikan mesyuarat cari jalan tangani isu banjir, longgokan sisa kayu di Sungai Rajang

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:03 PM | Show all posts |Read mode


Lidam (tengah) ketika mempegerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah Song pada Selasa.

SIBU: Daerah Song kini berdepan cabaran baharu selepas insiden banjir kilat yang menghanyutkan longgokan sisa kayu serta lumpur tebal ke Sungai Rajang ekoran hujan lebat di bahagian hulu Sungai Katibas.

Sebagai tindakan segera, Jawatankuasa Bencana Daerah Song telah mengadakan mesyuarat pada Selasa, bagi merancang strategi berkesan untuk mengatasi keadaan kritikal tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata mesyuarat berkenaan diadakan untuk menerima laporan terkini mengenai keadaan sebenar selepas kejadian banjir yang menjejaskan beberapa kawasan di daerah berkenaan.

Katanya, salah satu aspek yang ditekankan dalam mesyuarat tersebut adalah keperluan untuk mendapatkan butiran mangsa terjejas bagi memudahkan pelaksanaan bantuan harian serta penilaian keperluan mendesak.

"Turut ditekankan ialah kepentingan persediaan menghadapi bencana dengan menyusun Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) yang khusus untuk mengatasi situasi banjir besar.

"Selain itu, sejumlah dana telah diperuntukkan bagi memastikan peralatan mencukup dan operasi pasukan bencana dapat melaksanakan tugas dengan berkesan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Lidam Assan turut memberitahu jawatankuasa tersebut akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan lain seperti Pejabat Daerah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Lembaga Alam Sekitar dan Sumber Asli (NREB) Sarawak serta jabatan kerajaan lain untuk memastikan pelaksanaan tindakan yang lebih efektif.

Katanya, mesyuarat itu juga memberi tumpuan kepada peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam pengurusan bencana di Daerah Song termasuk memberi khidmat nasihat, menyampaikan bantuan dan menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam musibah banjir ini.

Bercakap lanjut, beliau menjelaskan kejadian longgokan sisa kayu yang berlaku pada Ahad bukan fenomena, sebaliknya ia disebabkan hujan lebat berpanjangan di bahagian hulu Sungai Katibas.

Keadaan itu telah menyebabkan paras air banjir meningkat sekali gus menghanyutkan sampah kayu dan lumpur hingga ke Sungai Rajang.

Bercakap lanjut, beliau turut mengutarakan kebimbangan mengenai aktiviti pembalakan dan mendesak pihak berwajib untuk memantau keadaan dengan lebih teliti.

Beliau menekankan perlunya menjaga kelestarian alam untuk masa depan, khususnya melibatkan pengurusan penyimpanan karbon dan pentingnya sungai dalam rencana pembinaan empangan melata atau 'cascading dam' di Sungai Bangkit atau Tekalit pada masa hadapan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.058874 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list