CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1777|Reply: 0

[Sarawak] MA63: Kuasa urus alam sekitar akan dikembalikan kepada Sarawak

[Copy link]
Post time 6-3-2024 07:55 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari ketika berucap pada majlis itu.

BINTULU: Sarawak akan mempunyai kuasa mutlak ke atas pengurusan alam sekitarnya sekali gus bakal menjadi satu lagi kejayaan dalam rundingan Perjanjian Malaysia (MA) 63 dengan kerajaan persekutuan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, kerajaan persekutuan akan memberikan kuasa autonomi pengurusan alam sekitar kepada Sarawak sekali gus membolehkan negeri ini menguruskan sendiri alam sekitar tanpa campur tangan dari persekutuan sebagaimana sebelum ini.

"Kesimpulannya, Sarawak akan menguruskan sendiri alam sekitar serta biodiversiti dalamnya kerana kuasa bagi menguruskannya kerana ia dikembalikan kepada kita," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG),
Dalam perkembangan berkaitan, Tan Sri Abang Johari menjelaskan bahawa beberapa undang-undang telah dipinda yang bertujuan bagi memelihara alam sekitar termasuk undang-undang berkaitan pengurusan gas, perdagangan karbon dan pemeliharaan sumber asli negeri ini.

Beliau dalam pada itu berharap agar inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan Sarawak dapat membantu bagi meredakan perubahan iklim yang sering berlaku di negeri ini.

Katanya, Sarawak telah mengambil pendekatan proaktif dengan mencari jalan penyelesaian kepada cabaran cabaran yang terpaksa dihadapi ekoran perubahan iklim.

"Matlamat Sarawak pada masa sekarang ialah membantu dalam menyeimbangkan kemajuan dan penjagaan alam sekitar bagi memastikan ianya bergerak seiring dan memberikan manfaat buat semua pihak," jelasnya.

Oleh yang demikian katanya, di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS), kerajaan mengeluarkan beberapa strategi berkesan dalam usaha membangunkan Sarawak dengan mengambil kira ekosistem di negeri ini supaya wujud keseimbangan antara keperluan terhadap pembangunan dan kemampanan alam sekitar.

Abang Johari dalam pada itu sebagai mengulas mengenai mesyuarat beliau dengan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang turut membincangkan mengenai pengurusan sisa buangan kepada tenaga.

Jelasnya, ramau orang mengatakan bahawa tapak pelupusan sampah merupakan penyelesaian terbaik, namun beliau tidak yakin dengan cara sedemikian dapat digunapakai buat selamanya kerana tidak diketahui  kandungan sisa kimia yang boleh memberikan kesan terhadap sumber tanah dalam jangka masa panjang.

"Sekiranya kita menggunakan loji insinerator, ianya mungkin memerlukan banyak pelaburan yang mana jika dibuat pembandingan, saya fikir teknologi lebih baik daripada kaedah pengurusan sisa buangan pada masa sekarang," jelasnya.

Abang Johari sebagai menyimpulkan bahawa teknologi terkini harus digunakan bagi digunakan dalam pengurusan sisa buangan domestik dan perindustrian pada masa akan datang yang lebih mesra alam dan impak yang minima terhadap alam sekitar.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.075394 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list