CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1965|Reply: 0

[Sabah] SIBEC 2024 dilancar

[Copy link]
Post time 6-3-2024 07:43 PM | Show all posts |Read mode


LANCAR: Hajiji semasa melancarkan SIBEC 2024 di Menara Kinabalu di sini.
KOTA KINABALU: Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024 bermula semalam dengan pelancaran portal rasminya serta pertukaran surat niat antara kerajaan negeri dan organisasi sokongan di Menara Kinabalu, di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor semasa merasmikan program berpandangan ekonomi biru sebagai satu inisiatif baharu untuk meneroka khazanah laut untuk pembangunan ekonomi, menjana pekerjaan, meningkatkan taraf hidup rakyat dan menjana hasil negeri akan datang.

Dalam lawatan pelaburan sulungnya ke Shenzhen, China pada November tahun lalu, Hajiji menjemput pelabur ke Sabah untuk meneroka ekonomi biru dengan kerjasama kerajaan negeri, memandangkan potensi yang ada dalam bidang ini untuk perkongsian menang-menang.

Beliau berkata, ekonomi biru terdiri daripada empat komponen utama iaitu penuaian sumber hidup (makanan laut dan bioteknologi marin), pengekstrakan sumber bukan hidup, penjanaan sumber baharu (mineral, tenaga dan air tawar), komersil dan perdagangan dalam dan sekitar lautan.

Katanya, turut tersenarai ialah pengangkutan dan perdagangan, pelancongan dan rekreasi serta tindak balas terhadap cabaran kesihatan lautan (pemantauan dan pengawasan lautan, penyerapan karbon, perlindungan pantai dan pelupusan sisa).

“Terdapat 14 industri dalam empat komponen utama antaranya akuakultur, perikanan, farmaseutikal, kimia, minyak dan gas, tenaga boleh diperbaharui, perkapalan, karbon biru dan perlindungan serta pemulihan habitat,” katanya.

Pada majlis itu, Hajiji menyampaikan surat niat kepada Lembaga Pelabuhan Sabah, Invest Sabah Sdn Bhd, Sawit Kinabalu Sdn Bhd, Qhazanah Sabah Berhad, Sabah Electricity Sdn Bhd, PETRONAS, The Asia Foundation – Malaysia, Sabah Credit Corporation Bhd dan POIC Sdn Bhd, SEDCO, SEDIA, Sabah Energy Sdn Bhd, KKIP Sdn Bhd yang juga organisasi sokongan dan Maritime Institute of Malaysia sebagai rakan strategik untuk persidangan tiga hari yang akan diadakan mulai 2 September tahun ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijangka merasmikan SIBEC 2024.

SIBEC 2024 adalah susulan SMJ EKOB 2023 Synédrio SMJ bertemakan "Beyond Limits, Unleashing Economy" yang diadakan pada 14 Disember tahun lalu menyaksikan penceramah antarabangsa berkongsi kepakaran mereka dalam konsep ekonomi biru selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.blueeconomy.sabah.gov.my.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.063531 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list