CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1949|Reply: 0

[Sabah] 45 rumah atas air di Tawau musnah terbakar

[Copy link]
Post time 6-3-2024 07:42 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Kawasan kebakaran yang musnah dalam kejadian itu.

TAWAU: Sebanyak 45 rumah atas air di Kampung Tanjung Batu, Jalan Tanjung Batu Logpond, di sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Kebakaran itu dikatakan bermula dari sebuah rumah sebelum merebak ke beberapa kediaman lain sekitar penempatan atas air berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.31 petang.

Katanya, seramai 50 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dengan dibantu Bomba Komuniti Kampung Titingan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, api sedang marak dan operasi pemadaman menggunakan tiga aliran, tujuh pancutan dengan sumber air dari jentera, pili bomba dan air terbuka (laut).

“Setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada 4.30 petang, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.071290 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list