CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4605|Reply: 10

[Tempatan] Bayi lelaki usia 3 bulan mati pada hari pertama di pusat asuhan

[Copy link]
Post time 6-3-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mohd Iqbal Ibrahim berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Shah Alam dengan keputusan 'pending laboratory investigation' - Gambar hiasan

SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia pada hari pertama dihantar ke sebuah pusat asuhan di Setia Alam, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa pada pukul 2.31 petang, pada hari kejadian.

Menurut beliau, bayi tersebut dihantar pertama kali oleh bapanya kira-kira pukul 8.30 pagi, namun kira-kira dua jam kemudian bapa mangsa menerima panggilan daripada pengurus pusat asuhan terbabit yang mengatakan mangsa tidak sedarkan diri.


"Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam namun disahkan mati setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Iqbal menambah, bedah siasat dijalankan antara pukul 12.30 tengah hari dan 5 petang keesokan harinya di hospital sama dengan keputusan 'pending laboratory investigation' (menunggu hasil siasatan makmal).

Beliau memberitahu, pemeriksaan ke atas mangsa juga mendapati tiada sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman.

Siasatan kes itu katanya dijalankan dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Menurutnya, polis selesai merakam percakapan pengasuh dan pekerja pusat asuhan.

Sementara keterangan ibu bapa mangsa, katanya, akan diambil selepas urusan pengkebumian selesai.
Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang justifikasi berhubung kes tersebut sebelum siasatan selesai.

Sebuah media memetik datuk mangsa sebagai berkata, mangsa mati kerana dipercayai tersedak susu.
Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 011-21112824 atau menghubungi mana-mana balai polis terdekat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo...Kesian. Kalau mati tersedak susu, kecuaian pengasuh la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, pengasuh2 tanahair ini memang ambik tangkap muat ja ka? Takda ka pengusaha ambil tindakan proaktif buat kursus pertolongan cemas ajar cara buat heimlich maneuver kat pengasuh2 (bodoh) ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 6-3-2024 07:23 PM
Btw, pengasuh2 tanahair ini memang ambik tangkap muat ja ka? Takda ka pengusaha ambil tindakan proak ...

Takde. Gaji sikit sangat, yang berkelayakan tak nak. So kalau nak beranak, sila ada banyak duit boleh upah Nanny Philippines.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Lpstu nnt mesti ade suri rumah yg komen yg sbb itulah die brenti keje jaga anak di rumah.
Guilt trip mak2 bekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:25 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
KucaiHijau replied at 6-3-2024 09:36 PM
Lpstu nnt mesti ade suri rumah yg komen yg sbb itulah die brenti keje jaga anak di rumah.
Guilt trip ...

I surirumah pon xberani ckp gitu. Boleh je jd ank2 mati bawah jagaan mak bapak. Main air dlm baldi contohnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..moga ibu bapa nya tabah dan kuat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2024 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh pengasuh. Tak boleh dimaafkan. Hari pertama hantar dah mati anak org. Budak 3 bulan ni mmg kena ulit je setiap masa. Tgk dia ok tak setiap minit. Jgn berani nak tinggalkan. Area sini ada je chinese offer aku jaga anak dieorang.. mmg aku tolak la.. takut terajar mengaji
Sebelum ni rumah lama aku indian Lorong depan offer.. Sbb dia ckp anak dia mesti safe dgn aku tgk Cara aku jaga anak2 aku.. hahaahha
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
celaka punya pengasuh..
nk keja senang je..
nasib baik anak2 iols selamat tu pun mcm2 isu dkt nursery..
iols boleh imagine mcm mna pengasuh ni handle baby kt nursery
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 03:33 AM | Show all posts
Edited by cmf_jeangrey at 7-3-2024 03:34 AM
mawarika replied at 7-3-2024 12:00 AM
Bodoh pengasuh. Tak boleh dimaafkan. Hari pertama hantar dah mati anak org. Budak 3 bulan ni mmg ken ...

Pengasuh zaman ni handphone melekat kt tgn...sbb tu byk kes cuai..background check pun xde







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.193739 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list