CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5255|Reply: 6

[Dunia] 166 rakyat indon berdepan hukuman mati di luar negara

  [Copy link]
Post time 6-3-2024 05:38 PM | Show all posts |Read mode
166 rakyat Indonesia berdepan hukuman mati di luar negara

https://www.hmetro.com.my/global ... mati-di-luar-negara

BERNAMA

Disiarkan pada: Mac 6, 2024 @ 3:22pm


FOTO HIASAN

Jakarta: Seramai 166 warga Indonesia kini meringkuk dalam penjara di luar negara sementara menunggu pelaksanaan hukuman mati atas kesalahan berkaitan dadah dan pembunuhan, kebanyakannya di Malaysia dan Asia Barat, lapor agensi berita Antara.

Menurut seorang pegawai Kementerian Luar, jumlah tertinggi direkodkan di Malaysia berkaitan jenayah pengedaran dadah, manakala selebihnya di negara-negara Asia Barat terutamanya berkaitan pembunuhan.

Daripada jumlah itu, 108 pesalah berdepan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah dan 58 lagi kerana membunuh, dengan 133 daripada jumlah itu adalah lelaki dan 33 lagi adalah wanita.

Bagaimanapun, mereka yang dijatuhi hukuman mati di Malaysia tidak akan menjalani hukuman itu kerana negara berkenaan memansuhkan hukuman mati mandatori pada tahun 2023.

Sementara itu, Pengarah Perlindungan Warganegara dan Hal Ehwal Undang-undang Judha Nugraha berkata kerajaan Indonesia melalui kedutaannya di luar negara memberikan bantuan guaman dengan menyediakan peguam dan jurubahasa semasa prosiding undang-undang.

Kerajaan juga terbabit dalam usaha diplomatik, terutamanya untuk kes-kes yang telah diselesaikan secara sah, termasuk menghantar surat memohon pengampunan dari Duta Besar dan Presiden.

Beliau berkata, kementerian memudahkan pertemuan semula antara mereka yang ditahan di penjara dan ahli keluarga mereka sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk membantu rakyatnya di saat-saat sukar di luar negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 07:09 PM | Show all posts
Alaaa... Sikit jah tu banding dgn jumlah rakyat dia org.

Jap lagi masuk komen pondan nusaraya yg akak suka skip tuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam akhbar asing..sebut Malaysia negara berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi raykat tanah ayer yg kena tangkap kat tanah Konoha kena hukuman m*ti?
Sedangkan duwet chukai raykat tanah ayer kena bayar tanggong ummah Konoha dalam jel sbb hukuman m*ti mandatori dah mansuh? Wahhh, puak2 suku sakat Priskies dan Nusajoyah yang masok secara haromm naek tongkang sampai beranak pinak pun aman2 jah duk dalam tanah ayer ni khennn
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la bagi mampus je. Bukan baka elok pun nak simpan. Dlm sehari ada puluh ribu kelahiran baru di negara Konoha nak ganti 166 ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 09:51 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 6-3-2024 07:12 PM
Macam akhbar asing..sebut Malaysia negara berkenaan.

bodoh punya Harian Metro

eh... tapi dia quote Bernama kan? bodoh punya Bernama


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2024 12:50 AM | Show all posts
nak ketawa ke..nak kesian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.590774 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list