CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5232|Reply: 0

[Perak] Polis rakam keterangan tiga individu kes bunuh pasangan warga emas

[Copy link]
Post time 6-3-2024 05:19 PM | Show all posts |Read mode

Lokasi kejadian bunuh di ladang kelapa sawit di Kg. Cina, Pantai Remis di Manjung semalam

LUMUT – Polis sudah mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan penemuan mayat pasangan suami isteri di kawasan kebun sawit di Pantai Remis, dipercayai dibunuh, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, tiga individu itu ialah isteri dan anak saudara suspek.

Menurutnya, polis turut merampas sabit pengait sawit, yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kes tersebut.

“Ketika anggota polis tiba di lokasi kejadian, didapati seorang wanita dan seorang lelaki berada di tempat kejadian dalam keadaan luka parah.

“Sementara, seorang lelaki dipercayai suspek kejadian berlegar-legar di kawasan tersebut dan polis terus menahannya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, di Seri Manjung, hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... asangan-warga-emas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.345227 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list