CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16012|Reply: 13

[Tempatan] Fantasi 'Darkside' media sosial, demi wang ringgit sanggup gadai moral

  [Copy link]
Post time 5-3-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kebanyakan yang terlibat dengan kegiatan ini adalah kerana kelangsungan hidup dan ketagihan pornografi yang melampau. - Unsplash

KUALA LUMPUR : Akaun Darkside atau lebih dikenali sebagai Akaun DS di media sosial merupakan satu kaedah persundalan dan penjualan aktiviti seksual di media sosial.

Ia merujuk kepada identiti ‘gelap’ dan berbeza yang dipamerkan individu di media sosial.

Di dunia maya, ia bukan suatu perkara yang baharu, malah sudah menjadi kebiasaan segelintir pengguna media sosial untuk mengakses kandungan pornografi.


Tanpa memperlihat wajah, individu hanya perlu berkongsi dan menjual adegan ‘panas’ secara dalam talian.

Selain memenuhi kepuasan nafsu, aktiviti Darkside ini juga turut menjanjikan keuntungan yang besar.

Tinjauan Astro AWANI mendapati pakej video dan gambar lucah yang dijual bermula serendah RM150 dan boleh mencecah angka ribuan ringgit.

Lazimnya, setiap pakej mengandungi lima hingga sepuluh kandungan video lucah.

Untuk melanggan perkhidmatan dan menonton kandungan, individu perlu memasukkan kata kunci yang tepat di aplikasi media sosial.

Antara aplikasi yang signifikan dengan kegiatan terbabit adalah aplikasi X dan Telegram.


Ketagihan pornografi dan gangguan seksual

Seorang bekas penggiat Darkside yang hanya mahu dikenali sebagai Eddy, berkongsi pembabitannya dalam dunia itu adalah disebabkan ketagihan pornografi sejak di bangku sekolah.

“Saya ni dari sekolah ada ketagihan pornografi. Itu starting point dialah. Terlibat dengan DS sebab benda tu saya nak tahu.

"Pada masa sama saya nak cari diri saya, nak tahu diri saya siapa. Sejak start PKP saya masuk dalam scene (DS) ni, saya memang dapat instant fame, tak lama pun untuk nama saya naik. Follower dalam tiga hingga empat bulan naik dari 500 ke ribuan. Waktu tu rasa macam dah rasa ada pengaruh,” katanya ketika berkongsi kepada Astro AWANI.

Seorang lagi penggiat DS yang mahu dikenali sebagai Ameera berkongsi penglibatannya dalam aktiviti jijik itu disebabkan trauma gangguan seksual dan kesempitan hidup sewaktu bergelar pelajar.

“Saya pernah dicabul kawan saya waktu sekolah, memang perit kalau ingat semula. Saya jadi trauma, sangat trauma hinggakan saya murung dan merasakan diri saya takda harga.

“Masuk universiti saya masih lagi merasakan begitu. Waktu dekat universiti saya tak ada duit, nak makan pun susah. Kawan saya kenalkan saya dengan aktiviti DS ni, ambil gambar badan atau buat video tak senonoh tak tunjuk muka, saya boleh dapat RM300 hingga RM600 sebulan,” katanya.

Susulan itu, Ameera berkata dia mula merasa ketagih dan hanya menawarkan perkhidmatan seks kepada individu yang dikenali dalam komuniti terbabit dan menjual rakaman adegan itu pada kadar harga yang tertentu.

"Saya mula ketagih, saya mula berani lakukan sex service pada kadar yang mahal. Tapi saya hanya buat dengan orang yang saya kenal. Mutuals dalam komuniti DS sahaja. Saya dapat lebih kurang RM1,000 hingga RM2,000 sebulan untuk pakej 5 atau 10 video seks," katanya lagi.


Modus operandi akaun Darkside

Komuniti Darkside ini tidak hanya melibatkan pelajar, malah turut melibatkan golongan profesional.
Berdasarkan pemantauan, modus operandi aktiviti ini secara aktifnya berlaku di aplikasi X, manakala kaedah pembayaran melalui transaksi bank dilakukan di aplikasi Telegram.

Individu yang menjual akan memuat naik kandungan gambar dan video panas, tanpa wajah dengan 'teaser' tidak lebih 30 saat bagi memancing mana-mana pelanggan yang berminat.

Bila ikan termakan umpan, pelanggan akan berhubungan dengan penjual bagi mendapatkan kandungan berdurasi penuh.

Setelah itu, transaksi akan dilakukan, sama ada di aplikasi yang sama, atau perlu menekan pautan membawa ke aplikasi yang berbeza.


Fantasi 'aneh' si pembeli rahsia

Bercerita berkenaan kisah silamnya, Eddy berkata, sewaktu aktif dalam kegiatan tidak bermoral ini, beliau pernah didekati pembeli rahsia yang menginginkan kandungan gambar dan video tidak senonoh dengan tawaran wang melebihi RM2,000.

Bahkan, pembeli rahsia berkenaan meminta Eddy untuk merakam aksi seks erotik demi kepuasan nafsunya sendiri.

"Pembeli rahsia ni approach saya, dia minat tengok content saya yang selalu post pasal main gitar, dan character yang saya create dekat akaun DS saya seolah-olah saya macam budak punk, tapi tidak pun.

"Jadi individu itu minat dan approach, dan sebabkan rasa ingin tahu dan nak duit dan dalam keadaan lost sebab pengaruh dadah, saya berhubung dengan dia. Pembeli rahsia tu minta saya. Sambil saya layan permintaan dia, hati saya bergejolak tau. Akhirnya saya tolak banyak permintaan dia sebab dah luar dari akal," kongsinya.

Sinar 'hijrah' dan seribu satu penyesalan

Umpama perang di jiwa tidak berkesudahan, membenam nafsu menuntut hidayah dan keinsafan.

Pada akhirnya, hanya seribu satu penyesalan yang menyelubungi mereka.

Mereka berdua berkongsi bagaimana berjaya keluar dari dunia hitam itu dan berhijrah daripada melakukan kegiatan terkutuk itu.

Bagi Ameera, dia keluar dari dunia Darkside itu kerana tidak inginkan perkara sama berulang kepada insan tersayang pada masa akan datang.

"Saya keluar dari kejahilan saya tu sebab saya takut... takut dengan balasan Allah, saya jahil saya mengaku. Saya rasa hina dan hidup tak tenang.

"Lagipun tak selamat untuk saya teruskan keadaan ni. Tak lama lagi akan jadi isteri orang, saya tak nak benda sama jadi dekat anak saya dan keturunan saya," katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, Eddy menyifatkan beberapa episod kehidupan yang mengingatkannya kepada kematian memetik sinar keinsafan untuknya berhijrah.

"Saya berhijrah sebenarnya sebab hidayah, ada beberapa episod yang mengingatkan saya kepada kematian. Jadi hati saya jentik mengingatkan Allah nak selamatkan saya, dah lah. Allah bagi peluang untuk taubat lagi. Saya takut dosa DS saya, dosa tu dah bernanah," kongsinya.

Mereka kini berharap kisah gelap ini menjadi teladan kepada mana-mana individu yang masih dalam kehanyutan dengan harapan perkongsian mereka itu dapat membawa sinar ‘hijrah’ terhadap individu yang masih terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah nak darkside2 lah wei.. kalo ko tak takut dosa pun, tak risau ke rosak nama dan reputasi.. dengan expose kepada bad hygiene and penyakit STDs

Diorang berdarkside tu sbb "melacur" cari duit... kalo golongan berduit terjebak, harus kena blackmail or kena pau ke apa..

Bodoh jijik bertingkek...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 09:59 AM | Show all posts
offer 1k lepas tu merana sepanjang hayat.

patut org2x mcm ni dibawa pergi melawat pesakit2x std, hiv aids utk penampakkan jelas berkenaan dengan kesan2x seks bebas yg tak tau sapa2x dimasukinya. bio jelas sikit.

seronok 5 minit, merana sepanjang hayat

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:25 AM | Show all posts
ntah la dikk.... dari ko gigih menjual gitu. ko la pelakon, ko lah editor, ko la creative director demi 2k, tak berbaloi dikkkk.. baik lah ko jadi sugarbabe / toyboy, kerja utk 1 org je selamber dpt lebih dari 2k. kerja part time jadi receptionist kat opis megah holding pon boleh dpt gaji hampir sama 1.5 - 2k. huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:19 AM | Show all posts
mlm tadi tgk news interview bekas darksiders
" ...lepas ni saya nak kawin, nak ada anak2..yada yada "

kemain eh masa kau bersedapan tak hengat
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:51 AM | Show all posts
bottombikini replied at 6-3-2024 03:19 AM
mlm tadi tgk news interview bekas darksiders
" ...lepas ni saya nak kawin, nak ada anak2..yada yada  ...

Jangan pandang masa lalu saya, pandang lah masa depan saya

Gituuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2024 12:39 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 6-3-2024 11:51 AM
Jangan pandang masa lalu saya, pandang lah masa depan saya

Gituuu

janganlah hanya melihat kecantikan luaran
knealilah juga kecantikan dalaman
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 12:45 PM | Show all posts
nk dpt duit dgn cara senang tanpa kisah halal haram dan dosa, camtu ler. x fikir pjg.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 04:49 PM | Show all posts
melambak2 skang ni DS..normal yg jual gambo tanpo muka..yg jual body pon...dulu kt wechat je skang ni X paling popular
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Momohizan at 6-3-2024 08:23 PM
epullipan replied at 6-3-2024 04:49 PM
melambak2 skang ni DS..normal yg jual gambo tanpo muka..yg jual body pon...dulu kt wechat je skang n ...


WeChat n Telegram kan boleh cari People Nearby. Belambak profile jual diri ahaha contoh macam ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 12:20 PM | Show all posts
Edited by MadameOnion at 7-3-2024 12:22 PM

busukkkk..muka busukkkk
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 09:56 AM | Show all posts
Momohizan replied at 6-3-2024 08:20 PM
WeChat n Telegram kan boleh cari People Nearby. Belambak profile jual diri ahaha contoh macam ni

ni belah2 kl ramai gini.kat bandar2 terpencil jarang ada..tak tau le sbb tak pernah check
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 8-3-2024 09:56 AM
ni belah2 kl ramai gini.kat bandar2 terpencil jarang ada..tak tau le sbb tak pernah check

Try la check. I dah check kat Kuantan n Manjung. Ada tau..versi bohsia lol.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.136161 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list