CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4021|Reply: 0

[Selangor] RM12,000 milik bilal lesap

[Copy link]
Post time 5-3-2024 06:35 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Hulu Selangor: Seorang bilal sebuah masjid di Ulu Yam Bharu, di sini kerugian RM12,000 selepas wang di dalam akaun Tabung Haji miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima laporan dari lelaki berusia 58 tahun itu pada 26 Februari lalu.

"Hasil siasatan mendapati mangsa menerima mesej dari hotline Tabung Haji yang menyatakan terdapat pemindahan wang dari akaunnya.

"Semakan menemui terdapat lima transaksi iaitu sekali pada 20 Februari (RM 3,000), dua kali (21 Februari, RM 3,000), sekali (22 Februari, RM 3,000) dan sekali (23 Februari, RM 3,000)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Mohd Asri berkata, mangsa turut memaklumkan tidak pernah menekan sebarang pautan web dan melayari aplikasi Tabung Haji dalam talian.

"Jumlah kerugian adalah sebanyak RM 12,000. Satu kertas siasatan dibuka dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997," katanya.

Beliau meminta orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Ahmad Zuperi di talian 03-60641222 bagi membantu siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0-milik-bilal-lesap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.968780 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list