CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6777|Reply: 0

[Kelantan] Gajah liar musnahkan gerai kuih tepi jalan

[Copy link]
Post time 5-3-2024 02:03 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar sebuah gerai makanan musnah dirempuh kawanan gajah liar di persimpangan masuk Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling di Jerantut.

JERANTUT – Seorang peniaga pisang goreng dan keropok, Norhayati Muhammad, 48, terkejut selepas mendapati gerainya dimusnahkan gajah liar di persimpangan masuk ke Kampung Kuala Sat di sini hari ini.

Norhayati berkata, ketika tiba untuk memulakan perniagaan pagi ini, dia terkejut kerana keseluruhan gerai kayu miliknya musnah dan peralatan memasak turut berselerak di atas tanah.

“Setiba saya pagi ini untuk berniaga mendapati gerai kayu musnah dan kelihatan cuma tinggal bumbung sahaja apabila dilanggar kawanan gajah liar berkenaan.

“Selain merosakkan gerai ini, gajah liar ini turut meninggalkan ketulan najis di persekitaran kawasan dan juga di tepi jalan raya masuk ke kampung ini,” katanya di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling dekat sini hari ini.

Menurut Norhayati, kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 1 pagi hingga 3 pagi hari ini kerana waktu berkenaan kebiasaannya haiwan liar itu keluar mencari makanan berdekatan jalan raya.

Katanya, dia reda dengan ujian itu dan bersabar serta bertekad membina semula gerai di situ untuk menjual pisang goreng, keropok dan minuman.

Sementara itu, seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Diman berkata, aktiviti gajah liar keluar mencari makanan pada waktu malam merupakan lumrah bagi penduduk di situ.

“Kawanan gajah liar dipercayai lebih 10 ekor yang pernah saya temui sememangnya menjadikan tempat tinggal di pinggir hutan berdekatan Kampung Pagi – Bukit Awan – Kampung Kuala Sat kerana di situ merupakan kawasan rayau haiwan liar memperoleh makanan setiap masa.

“Gangguan melibatkan kerosakan gerai makanan awal pagi hari ini dan juga kerap berlaku pencerobohan kawasan tanaman sebelum ini kerana habitat asal haiwan liar di hutan Ulu Tembeling sudah diteroka sejak 20 tahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ai-kuih-tepi-jalan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71589 Replies : 2932
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 161471 Replies : 3924
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19524 Replies : 76
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26186 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5003 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4132 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102603 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4532 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14008 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8212 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.058900 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list