CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6964|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jangan terlalu pentingkan keuntungan dunia

[Copy link]
Post time 5-3-2024 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Jangan terlalu pentingkan keuntungan dunia

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
05 Mac 2024 12:20pm








Laporan Sinar Harian pada Ahad.




GEORGE TOWN - Umat Islam diingatkan supaya tidak terlalu mementingkan keuntungan dunia sebaliknya mengutamakan keredaan ALLAH SWT yang akan membahagiakan di akhirat kelak.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tiada guna jika memiliki harta yang banyak sekiranya ia tidak berkat.



"Saya menyokong dengan saranan yang dibuat Pakar Kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman kerana sebagai umat Islam, kita tidak sepatutnya hanya mementingkan keuntungan dunia sahaja sebaliknya mengutamakan keredaan ALLAH SWT.

"Saya percaya bahawa harta yang halal ada berkatnya. Apa guna memiliki harta bertimbun tetapi tiada keberkatan dan keredaan ALLAH SWT?



"Ingatlah bahawa kehidupan dunia hanya sementara, maka utamakan keredaan Ilahi yang akan membawa kita hidup bahagia di akhirat nanti," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sebelum ini, Zaharuddin mencadangkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beragama Islam wajar membuat pembersihan berjumlah 66 peratus daripada dividen simpanan konvensional yang diumumkan.

Zaharuddin berkata, tindakan tersebut perlu dibuat bagi mereka yang hanya menginginkan pendapatan halal dan bersih.

Dalam pada itu, Wan Salim juga mencadangkan umat Islam yang ingin membersihkan dividen KWSP agar mengasingkannya daripada simpanan pokok atau modal.




"Dividen yang tidak halal itu boleh di infak kepada jalan-jalan kebajikan seperti membantu fakir miskin, memperbaiki jalan, jambatan, tandas awam dan dibelanjakan untuk kemudahan-kemudahan lain bagi kegunaan orang ramai," tambah beliau lagi.

Pada Ahad, KWSP mengumumkan agihan dividen 2023 sebanyak 5.5 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan syariah.




Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, angka tersebut membabitkan agihan sejumlah RM50.3 bilion bagi konvensional manakala RM7.5 bilion untuk syariah.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.056039 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list