CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2498|Reply: 0

[Sabah] Slogan Sabah Maju Jaya ajak rakyat Sabah cintai kemajuan dan kejayaan

[Copy link]
Post time 4-3-2024 07:22 PM | Show all posts |Read mode


MESRA: Hajiji mesra bersama anggota perkhidmatan awam pada majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Slogan Sabah Maju Jaya (S.M.J) yang kini menjadi sebutan ramai, merupakan frasa ringkas dengan mesej besar mengajak setiap rakyat di negeri ini mencintai kemajuan dan kejayaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, akronim Sabah Maju Jaya dipilih sebagai hala tuju pembangunan negeri ini kerana mahu mengangkat slogan yang telah lama berada pada Jata Negeri ke kedudukan yang lebih tinggi.

Namun beliau merasa sedikit terkilan apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang sering mempersenda dan memperlekeh slogan keramat itu, melalui tulisan atau komen-komen di dalam media sosial.

"Niat dan hasrat kita ialah mengangkat dan menjulang tinggi slogan keramat Sabah Maju Jaya dari Jata Negeri yang setiap masa terlihat dan terbaca oleh kita, tetapi ramai pula yang memperlekehkannya dan memandang rendah usaha murni yang kita perjuangkan itu.

"Pada saya, mempersenda dan memperlekeh slogan Sabah Maju Jaya, samalah sifatnya seperti tidak menghormati, atau tidak menyayangi bahkan menghina negerinya sendiri," katanya pada Majlis Amanat dan PerhimpunanAnggotaPerkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Tahun 2024 di sini, hari ini.

Hajiji berkata, negeri-negeri lain termasuk di negara jiran-Indonesia, juga mempunyai slogan mereka tersendiri. Contohnya Sarawak memperkenalkan slogan 'Sarawak Maju Makmur' bagi melonjakkan kemajuan negeri.

"Selangor menggunakan 'Kita Selangor Maju Bersama', Terengganu menggunakan istilah 'Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera', Melaka memperkenalkan slogan 'Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat'.

"Manakala Kedah menggunakan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'," katanya.

Katanya, Indonesia mengangkat slogan 'Terus Melaju Untuk Indonesia Maju'.

"Hakikatnya, kita perlu bertekad cemerlang serta tekun berusaha, lebih-lebih lagi selaku anggota perkhidmatan awam yang komited dan bertanggungjawab untuk menjadikan Sabah lebih maju dan rakyatnya berkemajuan.

"Apa juga isu dan cabaran yang mendatang, kita perlu mengharunginya bersama dengan cekal dan bijaksana.

"Jangan mudah terpengaruh dengan adu domba atau provokasi pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mahu melihat kita terus bertelingkah.

"Kita perlu berikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha menjadikan Sabah lebih maju dan berjaya," tegasnya.

Hajiji berkata, setelah hampir tiga tahun pelaksanaannya, Hala Tuju SMJ telah dapat membawa Sabah ke landasan yang tepat untuk terus maju dan membangun menerusi beberapa petunjuk ekonomi memperlihatkan kejayaan dan mencerminkan kewibawaan dalam mentadbir dan mengurus ekonomi negeri.

"Selaras dengan komitmen dan semangat Hala Tuju SMJ, pada tahun lalu, kita berjaya merekodkan hasil kerajaan negeri tertinggi dalam sejarah yang berjumlah RM6.973bilion.

"Sebenarnya, momentum itu telah kita mulakan sejak mengemudi kerajaan negeri dengan merekodkan jumlah hasil negeri yang besar iaitu RM5.449 bilion pada 2021 dan RM6.960 bilion pada tahun 2022.

"Sejak menerajui Sabah, kerajaan negeri telah berjaya mencatat rekod cemerlang dari segi kutipan hasil tertinggi dalam sejarah selama tiga tahun berturut-turut.

"Kejayaan itu pasti didorong oleh kerja keras para penjawat awam yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang.

"Syabas kepada mereka yang sentiasa bekerja keras, dan terima kasih kerana komitmen semua telah menghasilkan kejayaan yang berterusan," katanya.

Menurutnya, selain memperoleh hasil negeri yang tinggi, Sabah juga berjaya mencatat peningkatan pelaburan kumulatif berjumlah lebih RM33 bilion, disamping rekod dagangan antara yang tertinggi dalam sejarah, berjumlah RM118.1 bilion pada 2022.

Hajiji opitimis, dengan beberapa pencapaian dan prestasi ekonomi negeri  yang positif dan semakin pulih, Sabah mampu mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi sekitar empat peratus tahun ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.062288 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list