CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3476|Reply: 0

Makaf ambil iktibar insiden menimpa pesilat Terengganu

[Copy link]
Post time 4-3-2024 06:37 PM | Show all posts |Read mode

NUR Azmi (barisan depan, lima dari kiri) menyampaikan wang insentif kemenangan Makaf kepada atlet karate yang meraih pingat di Sukan Asia Hangzhou dan emas di Kejohanan Karate 1 Siri A Persekutuan Karate Dunia (WKF) di Larnaca, Cyprus, baru-baru ini.

Kuala Lumpur: Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) mengambil iktibar berhubung tragedi menimpa pesilat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin.

Presiden Makaf, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, beliau sudah mengusulkan berkaitan insurans nyawa kepada atlet.

Beliau berkata, perkara itu amat penting bagi melindungi atlet daripada sebarang bencana yang tidak diduga pada masa akan datang.

"Bagi saya, kebajikan atlet amat penting dan atlet perlu disediakan insurans nyawa serta perubatan sepanjang dia bergelar atlet negara.


"Usul insurans itu sudah dibincangkan dengan exco dan kita akan teliti sebut harga dahulu untuk bantu atlet elak perkara yang tidak dijangkakan.

"Jika exco bersetuju, perkara itu (insurans) akan diputuskan pada mesyuarat akan datang, Mei depan," katanya selepas Mesyuarat Tahunan Makaf 2024, malm kelmarin.

Beliau percaya Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melakukan yang terbaik dalam menyediakan kebajikan buat atlet.

Semalam, Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Bibi Aishah Golbal Shah berkata, Allahyarham Wan Muhammad Haikal, 21, meninggal dunia selepas terjatuh kemudian kepalanya terhentak ke lantai ketika sedang melakukan sapuan bawah sewaktu kejohanan di Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan sama, Nur Azmi berjanji untuk memberi elaun tambahan kepada atlet karate yang berjaya menduduki ranking kelima terbaik dunia.

Beliau berkata, ia sebagai langkah badan induk itu untuk memberi tonik tambahan kepada atlet agar berusaha lebih gigih dan menampilkan prestasi cemerlang pada masa akan datang.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -pesilat-terengganu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054296 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list