CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7549|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP dakwa 15 pelajar hisap vape, 3 hingga 4 pula ketagihan

[Copy link]
Post time 4-3-2024 03:31 PM | Show all posts |Read mode

Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, 15 pelajar menghisap vape yang mana tiga hingga empat daripadanya mengalami ketagihan nikotin.

Pegawai Pendidikannya, NV Subbarow berkata, menerusi tinjauan dilakukan, pihaknya mendapati, penggunaan vape dan e-rokok pada masa ini sangat popular berbanding sebelum pandemik Covid-19.

Katanya, bilangan pengguna yang menghisap vape dan e-rokok didapati meningkat tiga kali ganda.

"Beberapa guru disiplin mendakwa bimbang terhadap jumlah baharu penghisap vape dan mengakui ketagihan nikotin menyebabkan peningkatannya dalam kalangan murid serta pelajar.



"Guru sekolah juga bimbang, bilangan pelajar perempuan yang menghisap vape meningkat. Pelajar ini beri alasan, vape terbabit hanya berperisa buah-buahan," katanya pada kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Subbarow berkata, CAP kecewa kerana kerajaan dan penggubal dasar tidak melihat bahawa ia akan berlaku dan hanya menyerahkan peluang bagi melindungi kanak-kanak dengan tidak menggunakan Generasi Penamat Rokok (GEG) secara keseluruhan.

Kini, tanpa pemantauan dan pelaksanaan undang-undang yang lemah, Subbarow berkata, cecair vape boleh dibeli dengan mudah sama ada daripada kedai atau menerusi dalam talian.

"Jika kanak-kanak sekolah boleh mempunyai akses kepada peranti vape, ini menunjukkan bahawa Rang Undang-undang (RUU) itu tidak berkesan dan masalah itu sudah hilang kawalan.

"Sejak RUU diluluskan, CAP dapati produk vape lebih mudah diakses dan dijual seperti kek panas.

"Terdapat lebih banyak kedai runcit yang menjual pelbagai jenis perisa cecair vape dalam pembungkusan menarik menarik kepada semua peringkat umur, tidak jauh daripada sekolah," katanya.

Menurut Subbarow, tiada seorang pun kanak-kanak sekolah yang tahu berkaitan nikotin serta tidak tahu bahawa mereka mengambil bahan itu kerana percaya cecair berkenaan mengandungi perisa buah-buahan.

Masalah utama ialah pengecualian nikotin sebagai bahan terkawal di bawah Akta Racun pada Mac 2023 kerana ia bermakna cecair vape berasaskan nikotin adalah sama seperti produk pengguna biasa lain yang boleh dibeli dengan mudah tanpa preskripsi.

"Kami menggesa kerajaan lebih serius mempertimbang bagi memasukkan semula nikotin ke dalam Akta Racun untuk menyelamat beribu-ribu masa depan pelajar sekolah.

"Mereka pergi ke sekolah untuk belajar menjadi lebih baik dalam kehidupan dan bukan untuk menjadi penagih nikotin, yang menyebabkan perokok dan penghisap vape menjadi ketagih.

"Mereka tetap meneruskan tabiat merosakkan diri walaupun menyedari bahan kimia yang terdapat dalam rokok dan vape yang dihidu bakal membunuh mereka," katanya.

Sehubungan itu, CAP menyeru kerajaan memulihkan apa yang sudah dikeluarkan daripada GEG ke dalam RUU sekarang dan mengembalikan nikotin ke dalam Akta Racun.

"CAP tidak mahu mereka menyerah kepada ketagihan nikotin seumur hidup dan menghadapi kematian pramatang akibat merokok dan penyakit berkaitan vape," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ga-4-pula-ketagihan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.243709 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list