CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8307|Reply: 0

[Sabah] Kereta terjunam ke laut, lelaki dan bapa mentua maut

[Copy link]
Post time 3-3-2024 07:48 PM | Show all posts |Read mode


MAUT: Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terjunam ke laut dalam kejadian berhampiran kolam ikan di Kampung Payang Lahad Datu.

LAHAD DATU: Akibat memandu secara melulu, dua lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terjunam ke dalam laut dekat kolam ikan di Kampung Payang dekat sini kira-kira jam 10 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Jimmy Panyau berkata, kemalangan terbabit melibatkan seorang pemandu lelaki berumur 26 tahun dan seorang lelaki warga emas berumur 66 tahun dipercayai bapa mentua kepada pemandu berkenaan.

Katanya, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dipercayai bertengkar dan saksi kejadian yang berada di lokasi sama turut menenangkan mangsa dari bertengkar.

Menurutnya, saksi terbabit turut menyuruh pemandu berkenaan menghantar bapa mentuanya pulang ke rumah dan balik semula untuk mengambil ahli keluarga lain yang turut sama berada di lokasi itu.

"Saksi juga memberitahu yang dia sendiri mengiring mangsa ke kenderaan dan lelaki warga emas itu duduk di bahagian penumpang di belakang.

"Tiba-tiba kenderaan itu dipandu secara meluru oleh mangsa sebelum terjunam ke dalam laut.

"Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba Lahad Datu bersama orang awam yang berada di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati punca kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan dengan baik sehingga menyebabkan kenderaan terjunam ke dalam laut.

Bagaimanapun jelasnya, sampel darah kedua-dua mangsa diambil untuk dianalisa oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia di Kota Kinabalu.

"Siasatan kes diteruskan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Mana-mana individu yang melihat kejadian ini, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp. Muhammad Rasul Ramlee di talian 089-881255 sambungan 414 untuk membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kepada para pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada.

Katanya, para pengguna perlu mengamalkan sikap sabar dan berhati-hati ketika memandu serta mementingkan keselamatan para pengguna yang lain.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu menjalankan operasi penyelamatan dengan bantuan bot dan penyelam dari syarikat Synergy Multi Resources Sdn Bhd.

Katanya, selaman pertama berjaya menarik seorang mangsa keluar dari kereta dan dibawa naik pada jam 12.06 tengah malam dan tindakan seterusnya mengikat tali pada kereta mangsa untuk ditarik menggunakan sistem takal ke kawasan yang lebih cetek bagi mencari mangsa yang kedua.

Menurutnya, selaman kedua oleh pasukan bomba berjaya menemukan mangsa kedua pada jam 1.31 pagi hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.088198 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list