CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5379|Reply: 0

[Sabah] KPT teliti tingkat kursus pelancongan, minyak dan gas, TVET di Sabah

[Copy link]
Post time 3-3-2024 07:39 PM | Show all posts |Read mode


Mustapha (dua, kiri) diberi taklimat mengenai mesin Rotary Aquaponic System oleh Pensyarah Politeknik Saradatul Akma Abdul Rahman (kanan) sewaktu mengadakan lawatan ke Politeknik Sandakan semalam. - Gambar BERNAMA

SANDAKAN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti untuk meningkatkan jumlah kursus berkaitan pelancongan, minyak dan gas serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Sabah.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata bidang-bidang berkenaan semakin berkembang di negeri ini justeru membolehkan kursus berkaitan ditawarkan.

"Tawaran itu (kursus pelancongan, minyak dan gas serta TVET) dibuat oleh universiti atau politeknik sendiri dan kena melihat keperluan setempat.

"Tetapi kita (kementerian) melihat daripada segi pelancongan Sabah yang semakin naik dan kita ada kajian baharu supaya boleh menawarkan kursus berkaitan pelancongan, minyak dan gas serta TVET di Sabah ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Politeknik Sandakan dan Kolej Komuniti Sandakan (KKS) di sini semalam.

Mustapha turut menyarankan supaya Politeknik Sandakan dan KKS mendedahkan modul pendidikan institut itu kepada pelajar sekolah bagi menarik minat mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta TVET. - BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.186001 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list