CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2936|Reply: 0

[Sabah] Zon Maritim Kudat laksana Op Bersepadu fokus tangkapan PTI

[Copy link]
Post time 3-3-2024 06:02 PM | Show all posts |Read mode


PERIKSA: Pasukan Maritim Malaysia menjalankan pemeriksaan terhadap salah seorang nelayan.

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat melaksanakan Op Bersepadu bagi mengekang kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PTI) di kawasan perairan negara.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, operasi dilaksanakan dengan kerjasama pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Kesihatan Daerah Kudat secara berfasa bermula 26 Februari lalu.

“Hasil pemeriksaan berjaya mengesan seorang warga Indonesia dan dua orang warga Filipina gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua individu terbabit ditahan dan dibawa masuk ke Jeti Marina Kudat untuk proses dokumentasi oleh pihak JIM dan saringan ujian air kencing oleh pihak AADK,” katanya.

Katanya, operasi ini dilaksanakan seiring dengan Program Sahabat Maritim (PSM) Zon Maritim Kudat di Pitas.

“Objektif operasi kali ini lebih tertumpu kepada menangkap PTI dan mencegah penyalahgunaan Dadah.

“Operasi ini dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama ialah fasa pemutihan yang dibuat pada 26 Februari lalu dengan menyasarkan kampung persisir pantai di sekitar daerah Pitas.

“Fasa kedua operasi dilaksanakan pada 28 Februari lalu di laut yang menyasarkan pekerja bagang di sekitar perairan Pitas,” katanya.

Beliau berkata, tiga buah bot ronda Maritim Malaysia dengan kekuatan 30 orang anggota dari semua agensi terlibat diatur gerak.

Tambahnya, sebanyak 15 buah bagang dan sembilan buah bot diperiksa dikawasan sekitar Perairan Pitas.

Beliau berkata, operasi yang bermula pada jam 6.00 petang itu bagaimanapun terpaksa dihentikan pada jam 10.00 malam kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

“Pihak Zon Maritim Kudat menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak JIM, AADK dan KKM atas kerjasama dan komitmen sepanjang operasi bersepadu ini dilaksanakan,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.062172 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list