CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2965|Reply: 0

[Sabah] Lelaki ditahan bersama lapan guni daun ketum dan syabu

[Copy link]
Post time 3-3-2024 05:55 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Daun ketum didalam lapan guni dirampas pihak polis.

TENOM: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom berjaya menahan seorang lelaki yang membawa 102.7 kilogram daun ketum dalam Operasi Bersepadu Sekatan Jalanraya (SJR) di jalan Tenom-Keningau di sini.

Polis turut merampas dadah jenis syabu yang dibawa oleh suspek berumur 41 tahun dalam kejadian kira-kira jam 11.00 pagi.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superitenden Polis (DSP) Hasan Majid berkata, kejadian disedari apabila polis menahan sebuah kenderaan yang dinaiki lelaki warganegara tempatan terbabit.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu menemukan lapan guni berisi daun yang disyaki daun ketum.

“Turut dijumpai bersama individu berkenaan ialah sejumlah dadah jenis syabu serta  peralatan yang disyaki digunakan sebagai alat untuk menghisap dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini

Beliau berkata, rampasan dadah jenis syabu dan daun ketum seberat 102.7 kilogram dibawa ke IPD Tenom untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952  dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, Ops Bersepadu SJR ini dilaksanakan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan serta Penguatkuasaan Trafik IPD Tenom.

Hasan berkata, Ops Bersepadu SJR akan dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu kenderaan perdagangan dan kesalahan yang melibatkan undang-undang jalan raya.

“Polis akan sentiasa memantau dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang.

“Masyarakat juga dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan aktiviti yang menyalahi undang-undang di daerah ini melalui talian 087-736211,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.069622 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list