CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2955|Reply: 0

[Sabah] Sinar Ramadan di Promenade Cafe

[Copy link]
Post time 3-3-2024 05:54 PM | Show all posts |Read mode


KUIH: Antara juadah kuih muih yang disediakan.
KOTA KINABALU: Sempena dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang, Promenade Hotel Kota Kinabalu sekali lagi menawarkan juadah bufet ramadan.

Pengurus Besar Promenade Hotel Hafizan Wong berkata, tema tahun ini adalah Sinar Ramadan dan Promenade Cafe akan menawarkan pelbagai juadah yang sudah pasti mampu memuaskan hati para pelanggan.

"Antara juadah utama adalah Kambing Golek Bakar, Oxtail Asam Pedas, Daging Rendang Kinabalu, Hinava Sabahan, Ayam Masak Merah Istimewa dan Sup Tulang Rawan.

"Hidangan ini sudah pasti akan menimbulkan suasana berbuka puasa seperti di kampung bersama keluarga masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.


MENYELERAKAN: Kambing Golek Bakar yang sudah pasti memuaskan hati para pelanggan.

Selain itu katanya, pelbagai hidangan antarabangsa juga turut ditawarkan kepada para pelanggan yang dihormati.

Menurutnya, Promenade Cafe Sinar Ramadan Bufet hanya mula menghidangkan semua juadah berkenaan pada 12 Mac ini sehingga 9 April 2024.

"Hanya RM158 untuk setiap pelanggan dewasa dan RM79 bagi kanak-kanak. Ia bermula dari jam 6 petang sehingga 9.30 malam.

"Untuk tawaran istimewa tiga hari, Promenade Cafe akan menghidangkan Ramadan Bufet pada harga RM128 setiap pelanggan pada 12 Mac sehingga 14 Mac 2024," katanya.


SEDAP: Antara menu yang ditawarkan pada Sinar Ramadan.

Manakala katanya, dari 15 Mac dan seterusnya baucer 'early bird' akan dijual pada harga RM138 setiap seorang.

Selain itu katanya, Restoran Dynasty juga menawarkan set Ramadan dan Dim Sum untuk berbuka puasa.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh berhubung pada talian 088 265 555 atau 088 251 415.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.083171 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list