CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3410|Reply: 0

[Perak] SST lapan peratus tidak jejaskan M40 dan B40

[Copy link]
Post time 3-3-2024 05:36 PM | Show all posts |Read mode

Amir Hamzah (kiri) semasa mengadakan lawatan di Bank Bergerak BSN di Dewan Jelutong Hutan Lipur, Kuala Woh, Tapah hari ini.

TAPAH – Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada awal bulan ini daripada enam peratus kepada lapan peratus tidak begitu menjejaskan golongan M40 dan B40.

Beliau berkata, kenaikan cukai itu terkecuali kepada perkara kritikal yang diperlukan dalam kehidupan seharian seperti makanan, minuman, parkir dan telekomunikasi.

“Perkhidmatan air dikecualikan SST sejak dahulu lagi, sementara pengguna elektrik pula bawah 600 kilowatt-jam (kWj) tidak dikenakan cukai ini.

“Pengguna tenaga elektrik yang dikenakan SST hanya 15 peratus daripada pengguna domestik. Golongan M40 dan B40 tidak terkesan,” katanya  pada Program Rintis Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Bagi Masyarakat Orang Asli Di Daerah Batang Padang, Tapah, Perak di Dewan Jelutong Hutan Lipur, Kuala Woh.

Dalam perkembangan berkaitan, Amir Hamzah memaklumkan pihak kerajaan perlu meningkatkan hasil kewangan negara kerana kekangan tertentu.

“Namun apa-apa perubahan kita (kerajaan) jaga mereka yang terkesan supaya tidak dikenakan tekanan yang lebih berdasarkan konsep Malaysia Madani.

“Lebih penting kenaikan SST kita pulangkan kepada mereka yang memerlukan seperti penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara),” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... jaskan-m40-dan-b40/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.893549 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list