CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20646|Reply: 0

[Sabah] Dua lagi individu didakwa menjadi ahli kumpulan Geng Upik

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:25 PM | Show all posts |Read mode


PROSIDING: Tertuduh semasa dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu untuk menjalani prosiding.

KOTA KINABALU: Dua lagi individu termasuk seorang wanita didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, di sini.

Kedua-dua tertuduh ialah Norsyafilah Pawawoi, 28 dan Zulkahar Dusing, 29, masing-masing didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum mengikut seksyen yang sama.

Norsyafilah dituduh menganggotai Geng Upik di Kota Kinabalu antara 2015 hingga 28 Julai 2016, manakala Zulkahar menjadi ahli kumpulan sama antara 2021 hingga 3 Mei 2023.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan dirakam terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam itu.

Berdasarkan hukuman, kedua-dua tertuduh boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Ketika ini Norsyafilah sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun sejak 2018 disebabkan kesalahan mengedar dadah, manakala Zulkahar menjalani tahanan reman di Tawau.

Timbalan Pendakwa Raya, Lina Hanini Ismail memohon tarikh sebutan semula untuk serahan dokumen dan pengurusan pemindahan kes ke mahkamah tinggi untuk kedua-dua tertuduh.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim kemudian menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, di mahkamah yang sama seramai 11 individu termasuk seorang bergelar Datuk yang didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik pada 22 Januari lalu dihadapkan semula untuk mendapatkan tarikh sebutan semula, serahan dokumen dan pengurusan pemindahan kes ke mahkamah tinggi.

Sebelumnya, Siti Hajah memohon agar mahkamah membenarkan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 15 April atau tarikh selepas itu, namun pihak peguam bela meminta agar ia diawalkan.

Pada 22 Januari lalu, semua 11 tertuduh didakwa melakukan kesalahan di Kota Kinabalu mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama.

Berdasarkan pertuduhan, masing-masing terduduh didakwa melakukan kesalahan bermula 2015 hingga 24 Disember tahun lalu.

Pada 25 Disember lalu, polis menahan ahli perniagaan bergelar datuk yang mendalangi sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah menerusi siri serbuan yang dilakukan polis Bukit Aman.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.060622 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list