CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20664|Reply: 0

[Sabah] Majlis Bayaran Tunai Dividen KOPEKS Isnin ini

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:21 PM | Show all posts |Read mode


Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS)

KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) mempelawa para anggotanya ke majlis Bayaran Tunai Dividen KOPEKS bagi tahun 2021 dan 2022 yang akan diadakan pada 4 Mac ini (Isnin).

Majlis itu akan dilangsungkan di Wisma Wanita, Kota Kinabalu pada Isnin depan dan dijangkakan kaunter pendaftaran dibuka seawal jam 9.30 pagi dan mempelawa anggota-anggota tiba seawalnya bagi kelancaran pendaftaran.

KOPEKS dalam kenyataan berkata dividen bayaran tunai hanya dibuat pada hari berkenaan sahaja dan mengajak para anggotanya untuk bersama-sama menjayakan majlis bayaran dividen itu nanti.

Tambahan kenyataan itu, KOPEKS kini diterajui Pengerusinya, Dr. Haji Saat Ag Damit serta barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Nismah Kanak; Ag Azmee Ag Kati; Sulaiman Awang; Abdul Ghafor Awang Yaacoob dan Jaibit Jaudin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.750259 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list