CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19155|Reply: 0

[Sabah] Ahli pembangkang perlu profesional

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:18 PM | Show all posts |Read mode


CHIN

KOTA KINABALU: Ahli pembangkang perlu bersikap profesional dan bukan bertindak meninggalkan dewan semasa persidangan Parlimen.

Setiausaha Agung Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Shu Ying berkata, sikap ini perlu dielakkan dalam perbahasan politik, penggubalan dasar dan perbincangan hal ehwal negara.

Beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar daripada dewan semasa persidangan terbabit bukan sahaja dilihat membantah kerajaan, malah dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan jangka panjang negara.

“Parti pembangkang yang profesional harus mempunyai kefahaman dan keupayaan yang mendalam untuk menggubal dasar dan pengetahuan yang bermanfaat tentang ekonomi negara.

“Perhatian juga perlu ditumpu kepada ekonomi negara dan agenda penting lain dan bukannya membahaskan isu yang tidak relevan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim jelas menekankan kepentingan kestabilan politik dan Baginda tidak akan melayan tindakan mengambil alih kerajaan melalui gerakan pintu belakang.

Sementara itu, bercakap mengenai dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkenaan rasuah membabitkan kerajaan, Chin berkata, laporan perlu dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya mempertikaikan perkara itu di Parlimen.

Beliau berkata, Ahli Parlimen pembangkang perlu bertenang dan mengambil tindakan sewajarnya, bukannya terlibat dalam perbalahan politik.

“Perikatan Nasional (PN) gagal melaksanakan tugasnya sebagai pembangkang tetapi berusaha mengkritik kerajaan.

“Ini sepatutnya menjadi amaran bahawa parti pembangkang tidak seharusnya hanya taksub dengan perubahan semasa, tetapi harus mencadangkan dasar dan penyelesaian yang membina.

“Pembangkang juga perlu menunjukkan kesanggupan untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk mempromosikan pembangunan negara dan berusaha untuk menyumbang dasar dan perbahasan yang berdaya maju secara rasional,” katanya.

Beliau berkata, ahli politik harus mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dalam memastikan kestabilan politik dalam negara.

Tambahnya, rakyat juga mahu parti pembangkang melaksanakan tugas yang akan menyumbang ke arah kemakmuran dan kestabilan negara.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.081425 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list