CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8335|Reply: 0

[Selangor] Trauma dicabul rakan sekerja warga asing

[Copy link]
Post time 2-3-2024 03:20 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Ampang: Seorang pembantu jualan wanita melalui detik hitam apabila dicabul rakan sekerjanya di sebuah pasar raya di Taman Permata di sini, pada Khamis lalu.

Wanita berusia 32 tahun itu dipeluk, dicium dan diraba lelaki warga asing yang berusia 27 tahun sebelum tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 4.45 petang hari kejadian.

"Mangsa mendakwa selepas habis waktu bekerja di bahagian stor simpanan, suspek bertanyakan mengenai berat badannya. Suspek kemudian bertindak memeluk dan mengangkat mangsa dari arah belakang.


"Mangsa turut dicium pada bahagian pipi dan badannya diraba suspek. Suspek juga cuba mencium mulut mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, Mohd Azam berkata, sepasukan polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di jalan Taman Permata pada jam 2.30 petang semalam.

Katanya, suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Selasa.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sekerja-warga-asing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.646905 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list