CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6330|Reply: 0

[Selangor] 'Saya datang nak berhibur, ibu bapa di kampung tidak tahu jadi tiada siapa boleh kongkong saya'

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:47 AM | Show all posts |Read mode

PEGAWAI D3 Bukit Aman semasa membuat pemeriksaan ke atas pengunjung di sebuah premis terbabit Petalin Jaya. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Petaling Jaya: Pusat hiburan yang menjadi lubuk maksiat bagi golongan muda beragama Islam digempur dalam operasi penguatkuasaan di sebuah pusat perniagaan di Seksyen 51, di sini pagi, hari ini.

Premis itu diserbu sepasukan polis daripada Bahagian D3 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira jam 2.30 pagi.

Dianggarkan sekitar 200 pengunjung berada di dalam premis maksiat ketika serbuan di jalankan ke atas pusat hiburan yang terletak di tingkat tujuh itu.

Wartawan Harian Metro yang mengikuti operasi itu mendapati rata-rata pengunjung terdiri daripada lelaki dan wanita beragama Islam berusia lingkungan awal 20-an sehingga 40-an.



Lebih menyedihkan apabila didapati ada juga 'otai' berusia dianggarkan lewat 50-an berkunjung ke premis itu untuk bersuka ria sambil menikmati minuman keras.

Difahamkan, pusat hiburan itu beroperasi bermula 9 malam sehingga 6 pagi dengan menyajikan minuman keras yang dipercayai tidak bercukai sebagai peneman pengunjung untuk berpesta sambil diiringi muzik techno.



HAMPIR 200 pengunjung pusat hiburan beragama Islam diperiksa dalam serbuan bersama oleh PDRM dan JAIS. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Malah, pengunjung juga disajikan dengan pertandingan tarian paling mengghairahkan yang mana pemenang akan dihadiahkan dengan sebotol minuman keras berharga kira-kira RM230.

Salah seorang pengunjung yang enggan dikenali berkata, dia datang ke premis maksiat itu bersama beberapa rakan untuk berhibur selepas penat bekerja.

Gadis berusia awal 20-an itu berkata, dia mula terjebak berhibur di kelab malam sejak menetap di sebuah rumah sewa di Lembah Klang selepas mula bekerja di ibu kota beberapa tahun lalu.

"Saya berasal dari negeri Pantai Timur dan bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Saya datang ke sini untuk berhibur dan bersosial.

"Ibu dan bapa saya di kampung tidak tahu aktiviti saya di sini dan memandangkan saya tinggal di rumah sewa jadi tiada siapa boleh kongkong saya," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Kesemua individu warga tempatan yang diperiksa mempunyai dokumen sah dan dilepaskan selepas selesai diproses butiran berkaitan oleh pihak JAIS di lokasi serbuan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tiga lelaki ditahan terdiri daripada pemilik premis, penjaga kaunter, dan pengurus pusat hiburan itu serta dua pengunjung pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia 21 hingga 41 tahun.

Katanya, kesemua suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri (EHDTTH) Selangor 1995, Seksyen 76 Akta Eksais dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


Pegawai D3 Bukit Aman membuat pemeriksaan ke atas pengunjung di sebuah premis hiburan di Petaling Jaya. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Menurutnya, operasi itu dijalankan selari dengan Garis Panduan Nasional Mengenai Indikator Pemerdagangan Orang (NGHTI 2.0).

"Soal siasat awal mendapati pusat premis beroperasi selama lebih sebulan setengah tanpa lesen dan menawarkan minuman keras yang tidak sah cukai.

"Pasukan serbuan merampas beberapa botol arak, peralatan muzik digital pelbagai jenama, mikrofon, speaker dan kesemua rampasan dan tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hu-jadi-tiada-siapa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053435 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list