CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6244|Reply: 0

[Melaka] Air mata pecah atas pelamin

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:40 AM | Show all posts |Read mode

RYAN Nur Arief sebak pada majlis perkahwinan abang ketiganya, Muhammad Fariez Aiman pada 24 Februari lalu.

Melaka: "Saya sebak sejak majlis pernikahan sebelum gagal mengawal perasaan dan menangis ketika bersalaman dengan Aish ketika di pelamin. Saya gembira Aish mendirikan rumah tangga, tetapi saya juga sedih kerana rasa seperti 'kehilangan' bukan saja abang, tetapi sahabat baik sejak kecil."

Demikian reaksi Ryan Nur Arief Abdullah, 14, yang mendapat perhatian netizen selepas videonya menangis ketika di meja makan sambil abang ketiga, Muhammad Fariez Aiman, 21, bersanding di pelamin meraih tontonan ramai di TikTok.

Video dikongsikan abang ipar, Mohammad Mahsus Harman atau dikenali sebagai Che Mat Solar itu membuatkan netizen turut sebak dan merasai perasaan Ryan Nur Arief pada majlis perkahwinan Muhammad Fariez Aiman yang mesra disapa Aish.

Berkongsi cerita, Ryan Nur Arief berkata, dia anak bongsu daripada lima beradik dan mengakui sangat rapat dengan Muhammad Fariez Aiman, malah mereka juga tidur bersama di ruang tamu sejak dia berusia lima tahun.



Katanya, hubungan erat adik-beradik itu membuatnya sedih hingga gagal mengawal perasaan pada majlis perkahwinan yang berlangsung pada 24 Februari lalu di rumah keluarga pengantin perempuan di Tanjung Minyak.

"Saya bukan tak suka atau tidak gembira Aish kahwin. Saya gembira dengan perkahwinannya, malah mendoakan dia sentiasa bahagia, tetapi sebagai adik yang rapat saya sedih kerana terasa seperti hilang sahabat baik.

"Aish layan saya dengan baik dan selalu belanja saya makan apabila dia dapat gaji. Kami selalu juga bergaduh, tetapi hubungan kami baik. Itu membuatkan saya sedih, malah selepas ini dia juga berpindah dan tinggal bersama isteri," katanya yang menetap di Cheng di sini.

Katanya, perasaan sebak sejak majlis akad nikah di waktu pagi memecahkan tangisnya ketika dia bersalaman dengan Muhammad Fariez Aiman di pelamin hingga perasaan itu dibawa ke meja makan.

"Saya tak tahu rakaman video saya menangis pada majlis itu dan segan apabila video itu mendapat perhatian di TikTok. Bagaimanapun saya okay sebab ia perasaan saya sebagai adik yang rapat dengan abang," katanya.

Sementara itu, ibunya, Scha Sheikha berkata, dia bersyukur dan gembira melihat hubungan baik dan erat semua anak, malah mengakui hubungan Ryan Nur Arief dan Muhammad Fariez Aiman rapat sejak kecil.

"Mereka lebih suka tidur di ruang tamu kerana lapang selain sebab bilik penuh. Hubungan mereka baik dan abangnya suka menyakat adik setiap hari tetapi kalau Ryan (Ryan Nur Arief) ajak ke kedai memang abang turuti.

"Pada mulanya saya ingatkan Ryan baik-baik saja, tetapi saya sedar dia duduk agak jauh pada majlis akad nikah. Tak sangka ketika bersalaman di pelamin dan abangnya cium dia yang sebak terus menangis," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pecah-atas-pelamin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053015 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list