CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24562|Reply: 4

[Tempatan] Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik

  [Copy link]
Post time 1-3-2024 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tahap kesihatan Abdul Hadi beransur pulih namun masih terhad selepas menerima rawatan susulan di hospital sejak beberapa hari lalu. - Gambar fail/Bernama

MARANG: Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, di sini pada Jumaat.

Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman yang memaklumkan perkara itu berkata, tahap kesihatan pemimpin Pas itu beransur pulih namun masih terhad selepas menerima rawatan susulan di hospital sejak beberapa hari lalu.

Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun dapat menyampaikan kuliah kira-kira satu jam hari ini.


Kuliah sama turut dihadiri Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Terdahulu media melaporkan, Abdul Hadi tidak kelihatan pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat pada 26 Februari lalu.

Semasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, kerusi Presiden Pas di barisan hadapan blok pembangkang dilihat kosong.

Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman, Abdul Hadi berdepan masalah kesihatan dan beliau masih mempunyai beberapa rawatan susulan di sebuah hospital di Terengganu.
Jelas Mohd Syahir, surat dan sijil cuti sakit sudah dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingerbumpy at 1-3-2024 08:53 PM

Aktiviti tebuk menebuk dah merudum tika ini memang susah nak nampak sihat....cuba kalo langkah hotel hopping  tengah hot...mau badan sihat bugar...

Kahkahkahkahkahkahkahkahkah

Anyway...get well soon atok......
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerbumpy replied at 1-3-2024 08:52 PM
Aktiviti tebuk menebuk dah merudum tika ini memang susah nak nampak sihat....cuba kalo langkah hotel ...

Buah pelam yang dimakan ulat tak perlu dikait untuk digugurkan

Nanti bila sampai masa, buah pelam akan gugur sendiri
Tambah2 musim sekarang buah tak berapa menjadi, banyak yang busuk dari yang elok
Tupai pun tak teringin nak tebuk makan aihhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Azharitubunga replied at 1-3-2024 09:36 PM
Buah pelam yang dimakan ulat tak perlu dikait untuk digugurkan

Nanti bila sampai masa, buah pelam ...


Jenuh tau rakyat tunggu dari hari ke minggu ke bulan..last last kena tunggu sampai pru16...katanyer kita akan beroleh kerajaan baru...?

See yal kheunz?


Kahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 03:18 AM | Show all posts
stingerbumpy replied at 1-3-2024 09:43 PM
Jenuh tau rakyat tunggu dari hari ke minggu ke bulan..last last kena tunggu sampai pru16...katanye ...

3x Ogos...baru boleh duduk kerusi empok putrajaya ..itu yang masing2 dah macam mental disorder.
sama je dgn macai bapa klepto #1 donia- jibun al sakaun!!!









This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.054375 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list