CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26872|Reply: 0

[Sabah] Media Massa perlu main peranan jadi mata dan telinga kerajaan

[Copy link]
Post time 1-3-2024 06:08 PM | Show all posts |Read mode


HADIR: (dari kiri) Guru Besar SJKC Sin Hwa Puan Kelly Chu Voon Fui, Pengerusi Persatuan Ibubapa SJKC Sin Hwa Datuk Yong Chi Fui, Pengerusi Kehormat Tetap Persatuan Teo Chew Tawau Datuk Lu Chu Kwong, Pengerusi Cher Hsing Khor Uplifting Society Loh King Peng, Mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Tony Koh, Pengerusi Majlis Guru Besar-Guru Besar SJKC Tawau merangkap Guru Besar SJKC Kuok Ming Puan Chang Siew Chin, Guru Besar SJKC Yuk Chin Puan Pang Dan Fung, Guru Besar SJKC Nyuk Hwa Semporna En Chua Guan Chee dan lain semasa jamuan malam Tahun Baharu Cina Persatuan Pemberita Tawau.

TAWAU: Mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Tony Koh Kian Leong berkata media massa boleh memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan, terutamanya dalam aspek keselamatan tempatan dan negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Utusan Borneo ketika dijemput menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baharu Cina dan Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankuasa Ke-14 Persatuan Pemberita Tawau.

Menurutnya, negara akan mewujudkan barisan pasukan keselamatan ketiga - Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia Malaysia (MCBA) di mana rang undang-undang berkenaan dijangka dibentangkan pada persidangan Parlimen Mac ini.

“Agensi itu akan mengumpulkan pasukan tentera, polis, imigresen, kastam dan unit-unit yang berkaitan untuk membantu Majlis Keselamatan Negara dengan lebih berkesan dalam membanteras pencerobohan pengganas, penyeludupan manusia serta pengedaran dadah,” katanya.

Beliau juga adalah bekas wartawan yang pernah bertugas di barisan hadapan di selatan Filipina.

Beliau juga sering menggunakan data besar untuk menganalisis serta melaporkan operasi anti pengganas dan operasi berkaitan dengan penyusupan dan pengancaman keselamatan negara kita.

Beliau berkata, kesetiaan dan memberi jasa kepada negara yang tercinta ini adalah tanggungjawab seorang rakyat Malaysia, malah menjadi kewajipan bagi setiap wartawan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.148103 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list