CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17614|Reply: 0

[Sabah] Kastam Sabah rampas 175,600 helai kain sarung

[Copy link]
Post time 1-3-2024 06:05 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Mohd Nasir (tengah) menunjukkan kain sarung yang berjaya dirampas.

KOTA KINABALU: Sebanyak 175,600 helai kain sarung dirampas selepas selepas disyaki tertakluk dengan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Rampasan bernilai RM1.63 juta itu dilakukan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah di sebuah gudang kondominium mewah di Jalan Kolombong, di sini, pada jam 5 petang, 5 Januari lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, serbuan dijalankan pasukan Kastam Cawangan Operasi Kota Kinabalu bersama Pasukan Tempur Operasi Medan (COBRA).

Katanya, operasi itu turut berjaya menahan seorang warganegara asing berusia lingkungan 30 tahun untuk membantu siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan, pasukan operasi menemukan 439 guni berisi 175,600 helai kain sarung pelbagai corak dengan anggaran berat 39,510 kilogram.

“Semua barang kes yang dipercayai dibawa masuk daripada China itu dianggarkan bernilai RM1.63 juta dengan melibatkan cukai jualan sebanyak RM163,531,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal, modus operandi kes ini adalah menggunakan kod tarif yang lain dan deskripsi barang yang tidak betul.

Katanya, semua kain sarung yang diikrar sebagai ‘Garment Fabrics’ itu disita untuk siasatan lanjut, sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan yang dirampas.

“Suspek juga boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Nasir berkata, pihaknya meminta kepada orang ramai agar terus membantu menyalurkan maklumat berhubung kegiatan penyeludupan dadah, minuman keras, rokok dan sebagainya.

“Kegiatan ini bukan saja merugikan negara tetapi turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan juga boleh disalurkan menerusi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau tampil ke pejabat kastam berhampiran,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068701 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list