CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15661|Reply: 0

[Sabah] Lelaki miliki 4.67 kg syabu dipenjara 30 tahun, 24 sebatan

[Copy link]
Post time 1-3-2024 06:03 PM | Show all posts |Read mode


BERSALAH: Raymond diiring keluar selepas membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Tawau.

TAWAU: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 4.67 kilogram (kg) di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

Roderick Raymond Wan, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Duncan Sikodol.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh Roderick didakwa memiliki dadah seberat 1.33 kilogram di hadapan kedai H&W Enterprise, Jalan Stephen Tan, dalam daerah Tawau, pada 25 Mei 2022, jam 2.10 petang.

Bagi pertuduhan kedua, Raymond didakwa memiliki dadah seberat 3.34 kilogram di bilik sewanya atas kedai Top Well Enterprise, Jalan Sedco Light Industrial, Batu 3, Tawau pada 25 Mei 2022, jam 3.40 petang.

Sehubungan itu, tertuduh yang merupakan penganggur itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau atau penjara seumur hidup dan hendaklah jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dihukum dengan tidak kurang 15 sebatan.

Selepas mengambil kira fakta kes, kepentingan awam dan merupakan kesalahan pertama tertuduh, Duncan kemudian menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan bagi setiap kesalahan ke atas tertuduh.

Duncan turut mengarahkan hukuman penjara dijalankan serentak dari tarikh tertuduh ditahan manakala mengekalkan jumlah hukuman sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Suriana bersama Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain manakala tertuduh diwakili peguam Jhassary P Kang dan Jesseny P Kang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.215817 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list