CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10862|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Setiap tahun abah beli baju sekolah kami, sekarang bomba yang tolong' - Anak anggota bomba lemas

[Copy link]
Post time 29-2-2024 05:03 PM | Show all posts |Read mode

IZRAM Osman (dua dari kanan) membantu mencuba pakaian sekolah terhadap anak sulung Allahyarham Mohd Izwan Illias, Ilham Zulfaqar, 16, (kanan). FOTO Danial Saad

Bukit Mertajam: "Setiap tahun abah yang bawa kami beli baju sekolah tetapi sekarang bomba yang tolong. Terima kasih," kata Ihsan Zulfaqar Mohd Izwan, 15.

Ihsan Zulfaqar adalah anak kedua kepada anggota bomba yang lemas selepas terjatuh ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mak Mandin, Khamis lalu.

Ihsan Zulfaqar berkata, kelima-lima beradik termasuk ibu mereka, Jamaliah Abd Majid, 42, berada dalam keadaan baik dan sedang membiasakan diri selepas kehilangan insan yang menjadi tonggak utama keluarga.

"Saya okay, abang (sulung) dan adik-adik serta ibu juga okay. Hari ini kami gembira dan seronok apabila bomba datang bawa beli baju sekolah serta pakaian raya.



"Abah sebelum ini dah beritahu nak bawa sebab setiap tahun memang abah (beli baju sekolah) tetapi abah sudah tidak ada," katanya ketika ditemui semasa mereka lima beradik dibawa pihak JBPM membeli kelengkapan persekolahan dan pakaian raya di Pusat Pakaian Hari-Hari di Taman Prominence, Bandar Perda, di sini, hari ini.

Ihsan Zulfaqar bersama abangnya, Ilham Zulfaqar Mohd Izwan, 16, dan tiga adik, Jannatul Husna, 13, Izzul Zulfaqar, 10, dan Ienaira Aisyah, 6, ditemani datuk dan nenek ke pusat pakaian itu.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPBM Datuk Ahmad Izram Osman berkata, beliau selaku Yang Dipertua Persatuan Kebajikan JBPM amat mementingkan perihal lima anak kepada anggotanya yang lemas dalam insiden baru-baru ini.

"Jika nak dibandingkan dengan sumbangan diberikan oleh arwah (Mohd Izwan) terhadap pasukan bomba sebelum ini, tidak ternilai berbanding sumbangan kecil ini.

"Oleh itu, kita terpanggil menyampaikan sumbangan kepada anak-anaknya di bawah program tanggungjawab sosial (CSR) dengan kerjasama Pusat Pakaian Hari-Hari," katanya.

Hadir sama, Pengarah Hari-Hari Bumi Jaya Sdn Bhd, Datuk Amiluddin Latip.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ba-yang-tolong-anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 1.037128 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list