CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4898|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Suami isteri dituduh mencuri di pantai Port Dickson

[Copy link]
Post time 29-2-2024 01:48 PM | Show all posts |Read mode

Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di Seremban hari ini

SEREMBAN – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas empat pertuduhan mencuri barangan dalam kenderaan di kawasan pantai peranginan Port Dickson.

Pasangan itu yang sebelum ini bekerja sebagai peniaga air balang di Melaka, Amirull Mu’minin Mustaffa dan Nor Asedah Zaidi masing-masing berusia 38 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Mereka secara bersama didakwa mencuri iPad dan telefon bimbit jenis Vivo milik lelaki berusia 31 tahun pada pukul 1 tengah hari hingga 4.30 petang, 20 Januari lalu di kawasan parkir pantai Batu 8 Telok Kemang.

Pasangan itu juga dituduh mencuri komputer riba jenama HP pada pukul 11.30 pagi hingga 2 petang di tempat letak kereta berhampiran PD Wellness, 27 Januari lalu.

Mereka turut mencuri kad bank dan mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) serta mengambil sebuah kamera Sony A71V dan lensa Sony Gmaster 24 MM milik mangsa lain.

Majistret menetapkan wang jaminan sebanyak RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan keseluruhan RM10,000 bagi setiap individu dengan seorang penjamin serta kes disebut semula pada 26 Mac ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... antai-port-dickson/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 1.146536 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list