CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5667|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Majikan diberi tempoh tiga bulan pindahkan pekerja asing ke CLQ

[Copy link]
Post time 29-2-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode


S VEERAPAN (kanan) ditemani Ketua Pengarah JTKSM, Kamal Pardi (dua dari kanan), Pengarah JTK Negeri Sembilan, Roslan Bahari (tengah) ketika meninjau asrama pekerja di sebuah kilang pada operasi bersepadu mega gegar Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di Pusat Perindustrian Sungai Gadut. FOTO Azrul Edham

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan memberi tempoh tiga bulan mulai semalam kepada majikan untuk memindahkan pekerja yang menduduki penginapan haram atau tanpa perakuan ke Pusat Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) yang diwujudkan di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, berkata terdapat keseluruhannya 25 CLQ di Negeri Sembilan yang boleh menampung 8,349 pekerja.

"Rekod terkini daripada Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan (JTKNS) mendapati masih terdapat kekosongan sebanyak 3,751 di pusat berkenaan.

"Jadi, majikan tidak mempunyai alasan untuk tidak menempatkan pekerja asing yang digajikan menginap di CLQ bagi memastikan keselesaan mereka," katanya ketika ditemui selepas Ops Gegar oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) membabitkan sebuah syarikat di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut Senawang, dekat sini, semalam.


Operasi membabitkan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS), polis dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) itu diketuai Ketua Pengarah JTKSM, Kamal Pardi.

Veerapan berkata, JKTNS akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap majikan yang enggan berbuat demikian kerana kerajaan negeri mahu isu membabitkan pelbagai kesalahan mengikut Akta Kerja 1955, Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) serta Perintah Gaji Minimum di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 ditangani dan diselesaikan.

"Majikan wajib menyediakan penginapan kondusif untuk pekerja sama ada tenaga kerja asing atau tempatan dan ia perlu mendapat kelulusan Perakuan Penginapan daripada JTK dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kita perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap majikan yang gagal melaksanakan tanggungjawab ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah JTKNS, Roslan Bahari, berkata tindakan tegas diambil jabatan itu bukan hanya membabitkan isu berkaitan Akta 446 tetapi kekhuatiran pihaknya terhadap peningkatan kes penyakit kencing tikus kebelakangan ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah dimaklumkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban (PKDS) berhubung peningkatan kes penyakit berkenaan.

"Kita khuatir disebabkan keadaan asrama pekerja yang kotor, busuk, tidak diselenggara seperti ini kemungkinan boleh menyebabkan penularan penyakit kencing tikus.

"Jika sampah sarap yang bersepak dan dapur masak yang tidak dibersihkan sudah tentu boleh menyebabkan pembiakan tikus," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ekerja-asing-ke-clq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.415817 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list